REKABENTUK UNIX / LINUX
Sistem operasi
adalah jambatan anda dan perisian untuk berhubung dengan komputer dan perkakasnya.
Tanpa sistem operasi adalah mustahil untuk menghasilkan sebarang perisian
tanpa melibatkan kod-kod yang panjang dan sukar terutama untuk berhubung
dengan perkakas komputer. Sistem operasi telah membantu pembangunan dengan
meringkaskan usaha ini.
Sistem
operasi boleh menjadi mudah untuk dibangunkan seperti DOS atau terlalu canggih
seperti OS/2 atau VMS. Unix cuba berada ditengah-tengah. Ia cuba menyediakan
keperluan yang diperlukan oleh anda dan perisian tetapi cuba tidak melakukan
kesemuanya.
Falsafah
di belakang UNIX adalah menyediakan UNIX dalam bahagian-bahagian kecil yang
tidak terikat antara satu sama lain (modular). Dengan cara ini setiap fungsi
UNIX mempunyai perisiannya sendiri yang adakala dipanggil utiliti. Dengan
cara ini juga setiap utiliti atau perisian dapat digabungkan untuk menghasilkan
fungsi yang baru di dalam UNIX. Inilah kelebihan utama UNIX.
Lakaran di
atas adalah gambaran bahagian-bahagian penting di dalam UNIX. Kernel, Shell
dan Aplikasi/utiliti pengguna atau arahan penggunaan.
Kernel adalah jantung kepada UNIX dan GNU/Linux. Kernel mengawal kemasukan
ke sistem komputer, menguruskan penggunaan memori komputer, menjaga sistem
fail dan membuat pembahagian sumber komputer kepada pengguna dan perisian.
Kernel paling banyak mempunyai kod-kod yang bergantung kepada perkakas komputer.
Sama seperti fungsi CPU, fungsi kernel tidak dapat dilihat oleh pengguna.
Shell adalah perisian atau aplikasi yang menjadi alat
untuk kita berhubung dengan sistem operasi. Shell akan membaca apa yang anda
masukkan dan memahaminya sebagai arahan untuk menjalankan perisian lain, manipulasi
fail dan memberikan output. Shell juga turut dikenali sebagai "Command
Line Interface".
Terdapat pelbagai jenis shell untuk Unix/Linux. Korn shell atau
POSIX shell adalah shell yang biasa dikebanyakan jenis Unix dan Linux
juga memilikinya. Bash (Born again Shell) adalah shell yang biasa
didapati di dalam distribusi Linux (sebab ia GNU). Kebanyakan Shell adalah
mematuhi standard yang sama. Perbezaan mungkin pada fungsi logik atau tambahan
fungsi.
Arahan (commands) perisian adalah satu kumpulan
arahan untuk komputer. Sebagai pengguna Unix/Linux anda mempunyai pelbagai
perisian, alatan dan utiliti yang boleh anda gunakan. Sama ada anda sebagai
pembangun perisian yang memerlukan alatan dan utiliti, seperti gcc, make dan
bison. Atau sebagai pengendali sistem yang memerlukan fsck, df ,file dan
pelbagai lagi arahan. Atau sebagai pengguna biasa yang mahu menggunakan perisian
dalam X, OpenOffice, vi dan pelbagai lagi. Semua arahan boleh digolongkan
sebagai "programming environment", manipulasi teks, pengurusan maklumat,
utiliti tambahan dan komunikasi.
Sistem fail adalah cara bagaimana UNIX mengendalikan informasi, mendapatkan
informasi dan mengendalikannya. Sistem fail juga dirujuk kepada ruang dalam
cakera keras. Sistem fail utama bagi Linux adalah ext2 dan versi terbarunya
ext3.
--