Kenapa Linux
?
Artikel ini
saya tulis sebagai jawapan saya kepada soalan yang diajukan kepada saya. Kenapa
saya menggunakan Linux?
Artikel ini adalah pandangan peribadi
saya sendiri yang berdasarkan pengalaman saya menggunakan Linux. Artikel Linux
yang lain boleh anda dapati di https://linuxmalaysia.tripod.com/
Diharapkan ia boleh dijadikan
sebagai panduan asas untuk anda lebih mendalami Linux sebagai sistem operasi
pilihan anda.
Sebelum itu, Linux adalah sebuah
sistem operasi seperti mana sistem operasi Windows95, 98, 98SE, ME, NT, 2000
dan XP. Rujuk laman ini untuk keterangan lanjut.
http://www.linux.org/
Lesen Penggunaan
Percuma
Sebab utama
saya mula mencuba Linux dan kemudian terus menggunakannya disebabkan ia dilesenkan
dibawah General Public Licenses atau GPL sebagai singkatan.
Linux dengan perlesenan GPL membolehkan
ia digunakan dan disebarkan tanpa perlu membayar apa-apa lesen penggunaan
dan pengedaran. Dengan pelesenan sebegini saya tidak perlu risau untuk memasang
sebanyak mana Linux yang saya mahu atau menyalinkan ia untuk disebarkan kepada
rakan-rakan saya yang lain.
Rujukan GPL boleh anda dapatkan disini
http://www.opensource.org/
Untuk bahasa Melayu anda boleh lihat disini
http://www.opensource.org/docs/osd-bahasamelayu.php
Distribusi
Linux boleh dimuat turun dengan percuma dan anda juga boleh membeli CD Linux
daripada mana-mana pihak yang menyediakan CD-CD ini. Antaranya
http://kedai.ittutor.net/
http://www.linuxiso.org/
Malah kita
juga boleh mendapatkan sokongan perkhidmatan jika kita mahukannya melalui
syarikat-syarikat yang dilantik sebagai pengedar rasmi sesebuah distribusi
Linux.
Sistem Operasi
Matang
Linux adalah
sistem operasi yang stabil, laju, penggunaan sumber komputer yang cemerlang
dan mudah untuk diolah mengikut kehendak kita.
Jika anda pengguna Unix, sebuah
lagi sistem operasi yang stabil dan sudah lama wujud dan matang. Linux adalah
"clone" atau kembar kepada Unix. Linux mengikut standard dan piawai POSIX
dan pelbagai lagi standard Unix dalam pembangunannya.
Pasukan pembangunan Linux terdiri
daripada pelbagai golongan pembangunan sistem yang berpengalaman. Mereka memberikan
sumbangan dalam pembangunan secara sukarela dalam menghasilkan kernel sistem
operasi yang terbaik.
Oleh kerana Linux tidak dikuasai
oleh mana-mana syarikat atau bermaksud untuk keuntungan. Para pembangunan
Linux lebih berminat untuk membina Linux supaya ia piawai dengan standard
dalam setiap pembangunannya.
Dengan mematuhi standard dan piawaian,
ia menjadikan Linux boleh diterima pakai dalam banyak perkara tanpa
banyak masalah malah boleh dikatakan setiap penyelesaian Linux tidak mendatang
banyak masalah berbanding dengan sistem operasi lain.
Kematangan sistem operasi juga
maksud ia adalah sistem operasi yang stabil dan boleh dipercayai. Adalah tidak
menghairankan anda boleh melihat pelbagai laporan tentang Linux yang dijalankan
selama setahun tanpa timbul masalah ia perlu "reboot".
Perisian
Yang Setanding
Harga yang
percuma sahaja tidak cukup untuk meyakinkan saya.
Distribusi Linux didatangkan dengan
pelbagai perisian sumber terbuka daripada peringkat "server" sehinggalah komputer
peribadi.
Perisian seperti Apache untuk
"web server", Postfix dan Sendmail untuk "Email server", SAMBA dan NFS untuk
pengkongsian fail di dalam rangkaian, BIND untuk kemudahan DNS, DHCP, VPN
dan pelbagai lagi kemudahan "server".
Untuk komputer peribadi dan "desktop",
Linux mempunyai "Windows" atau GUI ia sendiri yang dipanggil X-Windows. Dengan
X-Windows anda akan dapat melayari internet dengan Mozilla, membaca email
dan membuat muka laman dengan Mozilla
http://www.mozilla.org/
Anda jangan terkejut distribusi
Linux juga didatangkan dengan perisian kemudahan pejabat setanding dengan
Microsoft Office yang dipanggil Open Office
http://www.openoffice.org/ .
Selain Linux, Open Office juga
dibina untuk Microsoft Windows 95,98,ME,2000 dan XP.
Pelbagai kemudahan "desktop" disediakan,
malah keperluan anda boleh diselesaikan dan disesuaikan dengan pelbagai
pilihan perisian.
Di dalam Distribusi Linux Mandrake
9.0 sahaja, anda boleh mendapatkan lebih daripada 2500 perisian untuk "server"
dan "Desktop" anda.
Jika kita letakkan semua perisian
yang disediakan oleh distribusi Linux dan perisian oleh sistem operasi berbayar,
kita akan dapati apa yang disediakan oleh sistem operasi berbayar turut disediakan
oleh distribusi Linux. Yang membezakan antara keduanya adalah dalam distribusi
Linux semuanya adalah berlesenkan lesen penggunaan percuma.
Sokongan
Syarikat Besar Dan Utama
Syarikat-syarikat
besar dan ternama di dalam dunia ICT juga menunjukkan minat dan sokongan yang
padu terhadap Linux.
IBM dengan pengalaman yang luas
di dalam bidang "Mainframe" dan Unix memberikan sokongan yang padu kepada
Linux.
http://www.ibm.com/linux
Malah rangkaian organisasinya
mempunyai cabang khusus untuk Linux di peringkat ibu pejabat dan kawasan
Asia Tenggara.
IBM telah banyak melaburkan dengan
banyak untuk Linux. Dengan sokongan ratusan kakitangan mereka di dalam komuniti
sumber terbuka, IBM menyediakan dan berkongsi pengalaman teknologi dan perniagaan
dala membantu Linux mencapai standard dan piawai yang tinggi agar ia
boleh menyokong perisian skala besar seperti perbankan, transaksi nyata maya
dan pelbagai lagi yang memerlukan penggunaan sumber komputer yang besar dan
banyak.
HP dan SUN juga telah menunjukkan
minat dan penumpuan yang mendalam terhadap Linux. Dengan pengalaman meluas
mereka dengan Unix, ia membantu komuniti pembangunan Linux menghasilkan sistem
operasi yang lebih baik malah sama taraf dengan Unix, yang kita boleh dapati
dengan percuma dan dengan perkakas yang jauh lebih murah.
http://linux.hp.com/
http://opensource.hp.com/
http://wwws.sun.com/software/linux/
Dengan sokongan syarikat-syarikat
besar ini, ia menyakin saya Linux akan terus berkembang dan saya yakin i
mampu bersaing dan duduk sama tinggi dengan abangnya, Unix.
Yang istimewa, kita mendapatkan
semua ini dengan lesen penggunaan percuma.
Linux Adalah
Sumber Terbuka
Kod-kod kernel
Linux boleh anda dapati untuk dilihat dan dikaji oleh mana-mana pihak. Malah
dengan prinsip sumber terbuka, kod-kod kernel Linux boleh diubah mengikut
kehendak sistem anda.
http://www.kernel.org/
Malah dengan cara ini sebarang
masalah yang timbul boleh dikesan daripada awal oleh pelbagai pihak yang mahir
di dalam bidang masing-masing. Dengan ini kernel Linux dapat dibaiki malah
ia lebih cepat lagi berbanding dengan sistem operasi yang lain.
Ini yang menjadi kepentingan kepada
saya. Saya yakin bahawa masalah yang timbul daripada penggunaan Linux, akan
dikesan dan dibaiki. Melalui laman kernel Linux, sebarang bug atau masalah
dapat diketahui dan saya dapat menggunakan penyelesaian sementara yang telah
disediakan.
Ini tidak sahaja kepada kernel
Linux. Malah perisian-perisian lain didalam distribusi ini pun turut mengamalkan
sumber terbuka. Bug dan masalah dapat diatasi dengan cepat.
Dengan perkembangan perkakas komputer.
Sesiapa sahaja boleh menulis "driver" baru untuk perkakas itu tanpa perlu
menunggu pembangun kernel Linux melakukannya. Dengan mengetahui kod asal kernel
Linux, para pembina perkakas komputer dapat menyediakan "driver" yang sesuai
dan stabil dengan kernel Linux.
Menggunakan Linux juga adalah
tanda sokongan saya kepada perisian sumber terbuka. Saya percaya dengan menghasilkan
perisian sebegini (PST atau OSS), kita boleh perkembangkan ilmu komputer dan
Internet kepada ramai pihak tanpa sekatan lesen dan politik. Kita boleh belajar
dengan orang lain sama ada dengan melihat kod-kod perisian atau bersama-sama
menyumbang di dalam projek sumber terbuka.
Penggunaan
Perkakas Yang Minimum
Dengan Linux,
saya boleh menggunakan perkakas-perkakas komputer yang lama untuk menjalankan
beberapa tugasan penting.
Sebagai contohnya, "Server" lama
yang dijalankan oleh Chip Pentium, saya gunakan untuk penyelesaian DNS dan
SAMBA bagi membolehkan beribu-ribu komputer mendapatkan laman intranet dan
email.
Anda mungkin tidak dapat menjalankan
sitem operasi lain dalam "server" lama seperti yang Linux dapat lakukan. Komputer
lama dengan chip 486 dan 386 boleh dijadikan "Firewall" dan router.
http://www.linuxrouter.org/
Ini yang saya lakukan dalam menyakinkan
Linux kepada orang lain. Jika Linux dapat melakukan pelbagai tugas "server"
dalam perkakas yang orang sudah hendak buang, bayangkan kemampuannya jika
ia dijalankan dengan perkakas terkini. Tentu ia lebih baik daripada sebarang
sistem operasi yang perlukan perkakas terkini dan mahal supaya ia boleh djalankan
dengan baik.
Linux Adalah
Sistem Operasi Rangkaian
Dengan perkembangan
Internet dan sistem rangkaian, kita mahukan satu sistem operasi yang mampu
menjalankan kerja-kerja rangkaian dengan baik dan stabil.
http://www.tldp.org/LDP/nag2/
Linux dibangunkan atas dasar ini.
Oleh kerana para pembangun kernel Linux dipisahkan dengan jarak dan zon masa.
Para pembangun kernel Linux memastikan, sistem operasi yang mereka bangunkan
mendapat perhatian khas daripada segi penggunaannya di Internet dan sistem
rangkaian.
Pelbagai perisian rangkaian dan
Internet dibangunkan bersama Linux. Mana-mana distribusi Linux boleh menjadi
"Server" yang baik dan mampu memberikan anda keputusan yang anda mahukan.
Keselamatan
Linux adalah
diantara sistem operasi yang "SELAMAT" untuk digunakan. Oleh kerana ia dibina
melalui Internet maka penekanan banyak diberikan dalam memastikan ia tidak
mudah untuk dicerobohi.
Wujudnya perisian seperti tcp-wrapper
dan Ipfilter yang memastikan kita boleh menentukan apa yang keluar masuk dalam
Linux kita melalui sistem rangkaian.
Malah telah wujud pelbagai perisian
pembantu yang membantu kita dalam menggunakan perisian yang disebutkan tadi.
Bastille Firewall sebgai contohnya,
membantu kita memastikan kita mematuhi taraf keselamatan yang dikehendaki
dengan hanya menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Shorewall adalah "firewall" yang membantu
kita mewujudkan sistem "firewall" dalam Linux itu sendiri. Boleh saya katakan.
Linux dengan Ipfilter bersama Bastille dan Shorewall boleh menjadi "firewall"
yang sukar dicerobohi.
Malah rangkaian pergerakan sumber
terbuka akan memastikan sebarang masalah keselamatan yang timbul akibat bug
perisian akan dibaiki secepat mungkin.
Rangkaian
Sokongan Linux
Anda boleh
mendapatkan sokongan untuk masalah Linux anda di Internet. Pelbagai kumpulan
dan laman wujud di Internet khusus untuk membantu anda dalam mencari jawapan
dan masalah Linux anda.
Bagi kita di Malaysia pelbagai
laman diskusi komputer dan Internet wujud untuk anda bertanyakan masalah Linux
anda. Antaranya
http://www.mtusempoi.org/
http://www.ittutor.net/
Laman-laman lain boleh anda rujuk
melalui
http://www.geocities.com/linuxmalaysia
dan
Kempen Peningkatan Sokongan Komputer
Dan Internet Malaysia
http://kemsoit.cjb.net/
Malah setiap distribusi Linux
utama seperti RedHat, Mandrake dan Suse menyediakan kemudahan sokongan kepada
mereka yang membeli CD Linux daripada mereka.
Jika anda inginkan sokongan melalui
vendor, anda boleh dapatkan sokongan melalui vendor utama seperti IBM, HP
dan SUN. Vendor-vendor ini menyokong Linux dan mempunyai sokongan bagi syarikat
yang berminat untuk mendapatkan jaminan sokongan daripada vendor-vendor besar.
Rujukan
Lain
Perkembangan terkini Linux di
http://www.linux.com/
Why Open Source Software / Free Software (OSS/FS)?
Look At The Numbers
http://www.dwheeler.com/oss_fs_why.html
Why Linux? (Dokumen lama sebagai bandingan)
http://www.seul.org/docs/whylinux.html
(lama)
http://pel.cs.byu.edu/~alen/computers/Linux/WhyLinux/
(baru)
SIG Linux - Pertubuhan Pakar ICT Malaysia
http://www.mysig.org.my/
Linux Malaysia
http://linuxmalaysia.cjb.net/
http://linuxmalaysia.isCool.net/
Saya dan Linux
http://www.geocities.com/lovhafnie/blinux.html
Lain-lain nota
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/
Penutup
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mencuba Linux. Minat kerajaan
kepada Linux juga semakin meningkat.
Kini ramai pihak kian sedar dengan menggunakan Linux kita dapat megurangkan
kos perlesenan, kita tidak terikat dengan sesebuah syarikat atau penyelesaian,
kita menyokong usaha pembangunan sebaik pergerakan sumber terbuka, kita hentikan
monopoli kerana dalam sumber terbuka, semuanya adalah hak umum.
Malah anda tidak rugi apa-apa untuk mencuba. Saya sudah mencuba dan terus
menggunakannya, mengapa anda tidak?
Linux adalah sistem operasi masa hadapan.
Wassalam.
Harisfazillah Jamel
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
http://harisfazillah.cjb.net/
Laman ini Di Internet
http://www.geocities.com/linuxmalaysia/kenapalinux.html
https://linuxmalaysia.tripod.com/kenapalinux.html
http://www.freewebs.com/linuxmalaysia/linuxmalaysia.html
Kembali Ke Laman Utama
---