Bengkel
Setengah Hari Pemasangan RedHat Linux Kali Pertama
Ini adalah
bengkel Linux yang pertama, bengkel sentiasa
diteruskan untuk peminat-peminat Linux. Maklumat bengkel yang lain boleh
anda dapati daripada "Kembali Ke Bengkel Linux".
Dibawah ini adalah maklumat untuk
bengkel Linux yang ke pertama pada 9
Feb 2003 (Ahad). Bengkel ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti
peminat Linux di Malaysia.
Assalamualaikum,
Nampaknya bengkel setengah hari
Pemasangan RedHat Linux mendapat sambutan. Hampir 30 orang telah mendaftar.
Ini menimbulkan masalah pula. Makmal
itu hanya boleh setakat 15 komputer. Haris tidak fikir ia mampu muat lebih
20 orang.
Jadi pendaftaran Haris akan tutup
setakat 30 orang sahaja.
Setakat ini cadangan bengkel hanya
untuk sebelah petang. 9 Feb 2003 Sesi antara pukul 2 petang sehingga
petang.
Nampaknya bengkel ini tidak mampu
menampung permintaan yang ada. Haris minta maaf.
Haris masih dalam perbincangan
untuk buka sesi pagi juga. Tiada janji apa-apa lagi, sehingga dapat kepastian.
Yang ada sekarang adalah sesi petang.
Jadi beginilah.
Oleh kerana sudah ramai jadi Haris
perlukan jaminan yang sudah berikan nama dan daftarkan diri memang datang.
Pada mulanya Haris ingin dahulukan
soal sewa makmal itu. Tapi dalam keadaan begini Haris perlu buat siapa bayar
dahulu dia yang dapat sertai bengkel. Maaf pening kepala juga hendak pastikan
yang datang memang datang. Ini sahaja caranya.
Sila buat bayaran seperti dinyatakan
di laman MYSIG http://www.mysig.org.my/
-> Jadual Latihan -> Bengkel pemaasangan RedHat Linux -> Terperinci.
RM 10 sahaja. Kos bayaran makmal
sahaja. Lepas bayar sila telepon MYSIG.
(Jangan salah kursus pula. Ada
kursus 2 hari. Yang itu anjuran MYSIG)
Bengkel ini untuk pengguna Linux
yang masih baru dengan Linux atau baru hendak cuba-cuba. Tidak pernah pasang
atau masih kabur tentang pemasangan. makmal dan komputer yang ada untuk kita
mencuba pemasangan.
Haris masih tidak mendapat makmal
komputer yang tuan punyanya sanggup komputer dalam makmal kena format dan
dipasang dengan Linux. Makmal di Serdang ini sahajalah nampaknya yang boleh
kita buat sedemikian. Diharapkan ada tuan punya makmal komputer yang lebih
besar sanggup berikan kita peluang untuk format PC mereka untuk Linux.
Haris ingin buat penjelasan.
Bengkel separuh hari pemasangan
RedHat Linux ini adalah usaha peminat-peminat Linux untuk memperkenalkan
Linux. Dengan bantuan MYSIG melalui program Outreach mereka, MYSIG akan tolong
dapatkan makmal dan juga menolong dalam soal pengurusan. Ini adalah projek
kerjasama. Terima kasih kepada MYSIG kerana memberikan sokongan dan bantuan.
Ini adalah usaha pertama Haris.
Jika ada kekurangan dan kelemahan diharapkan dapat diberikan teguran.Diharapkan
ia juga bukan setakat usaha Haris seorang sahaja. Mungkin orang-orang lama
Linux boleh buat sebegini. Anda boleh minta bantuan MYSIG untuk dapatkan
makmal dan juga pengurusan.
Ini adalah alamat Makmal yang didapatkan
untuk kita.
Meteor Technology Sdn. Bhd.
C1-02-35, Jalan SR 1/9
Sek 9, Taman Serdang Jaya,
43300 Seri Kembangan
Selangor.
Peta Haris akan download di semua
tempat. Bincang.net, MYSIG dan juga ITtutor.
Untuk sampai ke Taman Serdang Jaya,
jalan paling senang adalah kita tuju ke MIMOS atau ASTRO. Daripada 2 tempat
ini dalam 5 minit sudah sampai Taman Serdang Jaya.
Masalah adalah simpang di situ
agak mengelirukan bagi yang tidak biasa.
Sila rujuk peta
Jika daripada Kuala Lumpur hala
ke Tol Sungai Besi untuk ke Seremban. (Highway PLUS) Sebaik sahaja sampai
ke simpang masuk ke MINES (SEBELUM Hotel MINT). Dalam peta no 1. Masuk simpang
tu. Sudah tentunya sebelah kiri anda.
Ikut jalan tu sampai ke bulatan
Kelab lumba kuda buat U turn balik (Dalam peta no 2) mengarah ke ASTRO dan
MIMOS.
Hati-hati disini, JANGAN TERMASUK
simpang di NO 3. Ini akan membawa anda ke hotel Mint. Terus sahaja melintas
jambatan (bawah highway PLUS) sehingga sampai ke simpang No 4. Masuk ke kiri.
sebelah kiri anda ada tasik.
Rapat ke kanan kerana ada lampu
Isyarat ke Taman Serdang Jaya. Di simpang lampu isyarat no 5 ini masuk KANAN
dan ikut sahaja jalan itu sehingga jumpa stesen minyak BP (sebelah kiri).
(Jika tidak jem dalam 2 3 minit aje).
Masuk ikut lorong Stesen
Minyak BP ini (No 6). Ada deretan kedai-kedai. Makmal Meteor bersebelahan
dengan Pasaraya "Suresave" dengan sign-board warna merah, dihujung deretan
rumah kedai.
Anda akan nampak Bank Rakyat Taman
Serdang Jaya dalam deretan rumah kedai ini.
Bagi yang datang daripada Bangi,
Kajang dan Selatan. Daripada Tol Sungai Besi, lebih kurang sebelum Hote
Mint (Hotel akan berada sebelah kanan anda), anda simpang masuk ke kiri (No
7). Sewaktu anda masuk ke kiri anda boleh nampak tasik. Ikut sahaja jalan
tu sehingga sampai ke simpang lampu Isyarat no 5.
Hati-hati terlepas simpang sebelum
tasik tu, anda perlu patah balik yang kiranya agak jauh juga dan terpaksa
ikut simpang dalam peta No 1.
Bagi orang lama sudah biasa dengan
Linux, anda juga dijemput hadir. Boleh bantu Haris untuk jawab soalan-soalan
daripada orang baru. Tiada perlu bayar apa-apa.
bagi yang ikuti bengkel, bayaran
RM10 hanya untuk sewa makmal jadi, sila makan dahulu, bawa buku nota anda
dan CD Redhat 8.0
Permintaan saya, sila bawa CD Redhat
Linux 8.0. Saya mungkin tidak mampu untuk "burn" banyak. Dalam 2 3 set sahaja.
Jika setiap yang datang belajar dapat bawa CD Redhat Linux 8.0 sudah cukup
membantu.
(Anda boleh dapatkan CD Linux melalui
Pos di http://kedai.ittutor.net/ )
Hati-hati jika beli di Kedai. Periksa
bahawa setiap CD boleh digunakan. Boot dengan CD 1, anda akan mendapat menu
ujian CD. Ikut arahannya.
Setakat ini sahaja. sebarang masalah
sila hubungi saya di 013-3776097.
Wassalam.
: )
Harisfazilllah Jamel