Perbandingan
Harga Antara Perisian Mircosoft Dan Distribusi Linux
Laman ini
di Internet https://linuxmalaysia.tripod.com/bandingharga.html
[ Home - Ke laman Utama
]
Perbandingan ini hanyalah perbandingan kasar, tanpa kajian secara terperinci.
Ia merupakan satu perbandingan yang diasaskan daripada kemungkinan pandangan
seorang pengguna komputer Malaysia yang perlu membuat
keputusan pembelian komputer untuk syarikatnya yang kecil. Perbandingan ini
tidak dikaitkan dengan sesiapa sekadar untuk rujukan peribadi dan dikongsikan
dengan yang berminat.
Dalam perbandingan
ini diandaikan syarikatnya akan membeli sepuluh (10) biji komputer dengan
perkakas (hardware) terkini. Setiap satu dengan CPU Intel Pentium III
atau setaraf dengannya atau lebih baik lagi, mempunyai fizikal memori minimum
128MB dan ruang cakera keras (hard disk) sekitar 20GB. Diandaikan
juga setiap satu komputer mempunyai kad rangkaian dan disambungkan dengan
"Local Area Network" (LAN) dan syarikatnya itu mempunyai akaun dengan
ISP tempatan. Diandaikan Setiap pengguna komputer boleh mencapai Internet
dan juga Intranet yang dibangunkan dengan pelayan laman dan mempunyai pelayan
email dalam LAN sahaja. Pelayan laman (web server) dan pelayan email (email
server) akan dibangunkan daripada sebuah komputer yang mungkin akan dipasang
dengan sistem operasi (operating system) sama ada Windows 2000 Server atau
pun Distribusi Linux seperti Mandrake, Debian Suse atau pun RedHat.
Diandaikan
syarikat ini mahukan setiap komputer mempunyai perisian pejabat dan fail-fail
boleh dikongsikan diantara satu sama lain di dalam rangkaian. Perbandingan
ini tidak termasuk harga pembelian perkakas dan setiap komputer dan rangkaian
perkakasnya telah dipasang, dijalankan dan diuji dengan baik.
Dalam perbandingan
ini harga bagi perisian Microsoft telah didapati daripada Internet melalui
laman http://www.hardwarezone.com/.
Adalah diandaikan pengguna ini akan mendapatkan perisiannya daripada orang
ke tiga bukan secara terus daripada Microsoft. Dalam perbandingan ini diandaikan
Distribusi Linux adalah Linux Mandrake atau pun Redhat dimana ia boleh didapati
di laman http://www.iusahawan.com/
dengan harga RM15 satu set yang mempunyai 3 CD. Sebut harga
adalah dirujuk pada 1 April 2003.
Dalam perbandingan ini, diandaikan tiada (NO) bayaran pakar dimasukkan
untuk belanjawan Micorsoft. Dengan konsep GUI dan mesra pengguna, diandaikan
pengguna akan memasang semuanya (pelayan laman dan DNS) sendiri dan juga
menentukan "setting" untuk rangkaian "server" dan "work station". (Satu perkara
yang jarang dilakukan oleh pengguna miskipun untuk perisian Micorsoft). Adalah
satu kebiasaan komputer yang dibeli sudah dipasang dengan sistem operasi
milik Microsoft.
Dalam perbandingan
ini, Distribusi Linux diandaikan akan dipasang dan ditentukan "setting"nya
dengan bantuan kumpulan pakar yang mengenakan bayaran tertentu. Ingin
diingatkan harga yang disebutkan ini adalah berbeza bagi setiap individu
dan kumpulan pakar. Anggaplah harga yang dinyatakan disini sebagai harga
dasar oleh saya sebagai pakar bebas (freelance), yang tidak melibatkan syarikat
hanya individu yang menjalankan kerja-kerja pakar bebas (freelance) separuh
masa. Harga yang dinyatakan disini adalah untuk rangkaian kecil dan sederhana.
Diandaikan juga keluaran Microsoft tidak menyediakan kursus latihan kepada
sokongan teknikal. Perkara tanpa bantuan pakar dan tiada kursus akan dinyatakan
selepas ini. Kursus latihan disediakan oleh pakar bebas Linux bertujuan untuk
memperkenalkan Distribusi Linux yang mungkin baru untuk pengguna komputer
dan Internet Malaysia.
Perisian Microsoft
Untuk "Work Station" akan dipasang
dengan Microsoft Window XP Pro. 9 unit dengan RM520 setiap satu. Dengan jumlah
semuanya RM 4680
Untuk "Server" akan dipasang dengan Microsoft Windows 2000 Server + 5 CAL
dengan kos RM 2540
Untuk "Perisian Pejabat" setiap 9 unit komputer dengan XP akan dilengkap
dengan Microsoft Office XP pro, RM1799 setiap satu dengan jumlah kos RM 16191
Jumlah keseluruhan RM 23411
Andaian ini tanpa harga W2K Advanced Server (Sekitar RM15000) dan lesen untuk
Microsoft Exchange server dan Internet web proxy. Ini juga tidak termasuk
harga dan kos kumpulan pakar dan penghantaran kursus latihan. Jumlah keseluruhan
perlu ditambah lagi.
Distribusi Linux
Kos yang dikenakan adalah untuk
pembelian CD RM15. Harga dibawah ini adalah bayaran perkhidmatan pakar bebas
(freelance).
Untuk "Work Station" akan dipasang dengan Distribusi Linux (Work Station)
9 unit dengan RM100 setiap satu. Dengan jumlah semuanya RM 900.
Untuk "Server" akan dipasang dengan Distrbusi Linux pilihan, dimana kos-kos
kumpulan pakar bebas dibahagikan berdasarkan "setting" bagi setiap perisian
untuk server
Pemasangan
|
RM 100 |
Web server (Apache) |
RM 500 |
DNS (bind)
|
RM 500 |
SAMBA http://www.samba.org/
|
RM 500 |
Firewall
|
RM 500 |
Squid (Internet web proxy
server) |
RM 500 |
Lain-lain seperti SSH
dan NFS |
RM 500 |
Email Server
|
RM 500 |
Jumlah
|
RM 3600 |
Semua perisian
dalam distribusi Linux adalah dengan lesen penggunaan percuma. Ini termasuk
Open Office yang menggantikan Microsoft Office dan pelbagai lagi perisian
yang melebihi 5000 jenis.
Kursus latihan adalah untuk kumpulan teknikal dengan harga RM100 sejam, 8
jam sehari selama 5 hari, yang berjumlah RM 4000. Jumlah peserta sehingga
sepuluh orang.
Jumlah keseluruhan RM 8515..
Perbezaan harga RM 23411
Perkara yang anda perlu tahu :-
(1) Jika anda masukkan kos latihan perisian Microsoft, sila andaikan kos
latihan adalah sama dengan kos latihan Linux.
(2) Sebenarnya adalah sukar untuk pengguna komputer untuk "setting" DNS,
Web server dan pelbagai perisian dalam Windows 2000 server tanpa bantuan
pakar. Anda perlu juga masukkan kos kumpulan pakar jika anda memerlukannya.
(3) Jika anda mengambil keputusan untuk menggunakan Linux dan masih belum
membeli perkakas, sila pastikan kos sistem operasi Microsoft tidak
dimasukkan dengan kos perkakas. Pastikan tiada sistem operasi telah dipasang.
Anda boleh meminta perkakas komputer dipasang dengan Distribusi Linux
pilihan anda dan hanya membayar upah pemasangan.
(4) Anda boleh jimatkan lagi kos Distribusi Linux jika anda hantarkan dahulu
pakar komputer menyertai kursus latihan teknikal Linux.
(5) Bahaya bagi sesebuah pejabat syarikat kecil jika diserbu jika ada aduan
penggunaan perisian cetak rompak. Komputer anda boleh dirampas.
(6) Jika anda belum bersedia untuk tukarkan sistem operasi kepada Linux.
Anda masih boleh gunakan Open Office untuk gantikan perisian pejabat anda,
versi untuk sistem operasi Microsoft
Diharapkan muka laman ini adalah sebagai panduan asas sahaja dan rujukan
peribadi. Perubahan harga boleh berlaku bila-bila masa. Sebarang pertanyaan
boleh diajukan kepada linuxmalaysia@yahooXX.com . Sila buangkan
XX untuk dapatkan alamat benar. Ini untuk lindungan daripada SPAM bot.
Kenapa dan mengapa anda perlu gunakan Linux boleh anda dapati jawapannya
di https://linuxmalaysia.tripod.com/
. Moga panduan ini membantu dalam anda membuat keputusan untuk menggunakan
Linux. Sistem Operasi Masa Hadapan.
Wassalam.
Harisfazillah Jamel
Malaysia Linux
Laman ini dibina dengan Mozilla Composer.
Sebuah lagi perisian sumber terbuka dengan lesen penggunaan percuma.