Bagaimana
Kemampuan Linux Dan Perisian Sumber Terbuka (PST)?
Satu perbandingan
dengan pesaing
Baca mengenai kemampuan
Linux berbanding dengan saingannya.
Pelbagai Pilihan Perisian Untuk Satu Penyelesaian
Bersama sumber terbuka
anda diberikan pelbagai pilihan perisian. Dengan Linux sebagai sistem operasi
yang matang, stabil dan berlesen percuma.
Penyelesaian ini
dilengkapkan dengan sokongan pelbagai distribusi Linux yang anda boleh
pilih mengikut penyelesaian, keserasian dan cita rasa anda. kepelbagaian
ini menjadikan penyelesaian anda tidak terikat dengan lesen
yang mahal dan dengan satu syarikat yang mengongkong dan monopoli.
Kepelbagaian distribusi
BUKAN bermaksud ketidakseragaman. Kepelbagaian ini menghasilkan
saingan yang sihat antara distribusi dalam menghasilkan distribusi
yang mempunyai perisian yang stabil dan terkini.
Setiap distribusi
telah memastikan anda tidak perlu keliru apa perisian yang sesuai.
Setiap pengeluar distribusi telah memastikan perisian telah dipilih
sesuai, mengikut piawai dan standard dan ia diuji untuk anda.
Anda pasang, anda
pilih dan anda guna. Semudah itu.
Anda boleh memilih
pelbagai perisian untuk satu penyelesaian. Sistem operasi sama ada Linux,
keluarga BSD dan sistem operasi yang baru HURD. Semuanya mematuhi
piawai POSIX Unix.
Penyelesaian pangkalan
data (database) sama ada Postgresql atau Mysql. Penyelesaian pelayan
email sama ada postfix ataupun sendmail dan pelbagai pilihan perisian
sumber terbuka yang matang dan dengan lesen penggunaan yang
percuma.
Melalui laman http://www.osdlab.org/ anda boleh melihat
sokongan daripada
HP, IBM dan Intel dalam melihat perisian sumber terbuka berkembang dalam industri
perniagaan.
Modular,
Mudah Dipelajari dan Penggunaan Untuk Jangka Panjang
Setiap satu bahagian atau
komponen dalam perisian dan sistem operasi Linux tidak bergantung
antara satu sama lain. Sebuah perisian boleh dijalankan tanpa perlu
anda memasang perisian sampingan yang sudah tentu anda tidak perlukan.
Linux berasaskan Unix berbentuk modular.
Dengan meletakkan
penggunaan sumber komputer yang optimum untuk mencapai prestasi yang maksimum,
anda menggunakan sumber komputer sebaik mungkin tanpa pembaziran.
Intergrasi dan terikat
sesuatu komponen atau bahagian sistem operasi atau perisian hanya menyebabkan
penggunaan sumber komputer yang tidak munasabah. Hanya
satu pembaziran bagi sebuah sistem operasi yang anda ingin gunakan
untuk perkongsian fail perlu anda pasangkan "Active Directory" yang
juga memerlukan DNS untuk berfungsi.
Hanya dengan SAMBA dalam Linux anda boleh lakukan perkongsian fail dengan penggunaan
sumber yang optimum. Malah anda boleh konfigurasi ia dengan nilai maksimum
yang pasti anda tidak boleh lakukan dalam sistem operasi saingannya.
Ia umpama membeli
kereta dan melengkap kereta itu dengan alatan untuk penjimatan minyak tetapi
anda mendapat kuasa enjin tambahan. Yang membezakan, semuanya adalah
berlesenkan percuma.
Linux didatangkan
dengan pelbagai perisian konfigurasi sama ada daripada "Command Line Interface"
(CLI), daripada GUI X-Windows ataupun perisian pelayaran. Anda akan mendapati,
menyediakan Linux adalah mudah untuk dipelajari. Jika anda
seorang yang berkeyakinan tinggi anda boleh mengubahnya sendiri pada
fail konfigurasi.
Pengeluar distribusi
Linux pilihan anda, akan menyediakan perisian konfigurasi yang sesuai
untuk anda. Anda mahirkannya dengan cepat dan pantas.
Sistem
Operasi Semakin Popular, dipercayai Dan Kurang Risiko
Linux adalah sistem operasi
yang popular dikalangan pakar mahir IT di seluruh dunia. Para
pembangun kod-kodnya yang terdiri mereka yang bijak pandai dalam
ICT dan semuanya dilakukan kerana ia adalah sebuah hobi yang
diminati dan secara sukarela.
Perkara yang dilakukan
dengan sukarela, kerana hobi akan dilakukan dengan sepenuh hati tanpa
maksud keuntungan. Mereka hanya mahu lahirkan yang terbaik untuk masyarakat
dan komuniti.
Linux juga kian
popular. Ia semakin mendapat tempat di hati para pengguna komputer. Konsep
perisian sumber terbuka membuka mata memberikan kebaikan kepada
komuniti dan masyarakat. Satu perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit
dan kekayaan di muka bumi.
http://www.opensource.org/
Menjadi sistem operasi
yang terlalu popular ada buruknya. Sistem operasi itu akan menjadi
pilihan utama untuk mereka yang berniat tidak baik.
Pelbagai virus dan
trojan wujud untuk sebuah sistem operasi yang popular. Kelemahan dicari
supaya ia mudah dicerobohi. Menjadi popular mendedahkan sesebuah
sistem operasi kepada pelbagai risiko pencerobohan dan
masalah keselamatan.
Bagaimana anda mahu
lindungi data-data anda sedangkan sistem operasi yang terlalu popular
menjadi sasaran pelbagai serangan.
Linux dibina daripada
awal agar ia tidak mudah untuk dicerobohi malah kerana ia milik
umum, setiap pemiliknya akan memastikan Linux sentiasa selamat untuk
digunakan.
Sebarang masalah
keselamatan yang timbul akan dibangkitkan dengan segera dan para pembangun
Linux seluruh dunia akan memastikan masalah itu ditangani
secepat mungkin. Adalah tidak mengejutkan penyelesaian masalah keselamatan
dalam Linux dapat diselesaikan dalam masa 24 jam dan
dengan cepat disebarkan kepada semua distribusi Linux.
Anda dengan segera
akan diberitahu dengan Email, laman dan pemberitahuan dengan telefon jika anda
berada dalam sistem sokongan rasmi sesebuah syarikat pengedaran distribusi.
Malah anda tidak
perlu risau tentang distribusi yang anda pilih. Setiap distribusi akan
memilih perisian yang mengikut standard antarabangsa, akan kongsikan
kod-kod asal perisian agar jika apa-apa berlaku kepada syarikat
yang menghasilkan distribusi, perisian itu akan tetap diteruskan
oleh mereka yang berminat.
Laman seperti http://www.sourceforge.org/ memberikan
peluang untuk para pembangun untuk membangunkan
perisian sumber terbuka mereka dan berkongsikan pengetahuan
dan sumber pengetahuan antara satu sama lain.
Sokongan
Linux Yang Meluas
Linux dan pelbagai perisian
sumber terbuka mempunyai sumber sokongan yang meluas. Sama ada
melalui Internet oleh mereka yang secara sukarela memberikan bantuan,
nasihat dan tunjuk ajar melalui Internet.
Pelbagai syarikat
ICT telah wujud untuk memberikan sokongan kepada Linux malah membantu anda
dalam penyelesaian Linux dan perisian sumber terbuka
anda.
Malah syarikat-syarikat
besar dalam ICT seperti IBM, HP dan SUN mempunyai rangkaian sokongan
untuk Linux.
Pertambahan minat
pelbagai golongan ICT menambah lagi nilai sokongan terhadap Linux. Semakin
ramai yang mula dan mahu mempelajari Linux dan perisian sumber terbuka.
Pelbagai kursus wujud untuk mendedahkan tenaga ICT dengan dunia
Linux dan perisian sumber terbuka.
Malah kita boleh
melihat perkembangan yang sihat di IPTA dan IPTS yang menyerapkan pengajaran
tentang Linux dan perisian sumber terbuka dalam mata pelajaran ICT.
Adalah suatu yang
tidak mengejutkan tenaga sokongan Linux telah wujud daripada komuniti Unix.
Linux dengan ciri-ciri POSIX Unix memudahkan tenaga pakar Unix menyumbang
tenaga dalam menyokong Linux dan lain-lain perisian sumber terbuka.
Sokongan daripada komuniti Unix yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman
merupakan satu batu loncatan yang pasti bagi Linux untuk
mewujudkan golongan profesional dan mahir sebagai lapis sokongan
yang bertaraf tinggi. Tenaga pakar untuk Linux memang sedia ada untuk
memberikan sokongan.
Penerimaan kerajaan,
yang juga mahu melihat sumber terbuka turut berkembang bagi
mewujudkan satu pilihan alternatif kepada penyelesaian yang sedia
ada. Kakitangan sokongan ICT dalam kerajaan diberikan pendedahan dan
latihan dalam dunia Linux dan perisian sumber terbuka.
Ia umpama pemangkin
yang menjanakan minat untuk mewujudkan ramai lagi tenaga sokongan Linux
dan perisian sumber terbuka.
Sebagai permulaan
anda boleh melawat laman
http://www.bincang.net/ dan http://www.ittutor.net/
untuk sebarang pertanyaan
Linux dan perisian sumber terbuka. Bagi anda untuk melihat forum
dan diskusi luar negeri
http://www.unix.com/
Mengikut Perubahan Teknologi
Terkini
Linux dan perisian sumber
terbuka mengikut perkembangan terkini dalam dunia teknologi tetapi
dengan batas tertentu.
Kita sedia maklum
perkembangan teknologi berkembang dengan cepat dan suatu yang baru di
dalam teknologi akan berubah dengan cepat dan ini adakala menyukarkan
penentuan standard dan piawai.
Linux dan perisian
sumber terbuka memilih mengikut standard yang sudah diterima pakai secara
meluas. Ia mahu memastikan bahawa kualiti tetap terjaga tanpa membebankan
perisian sumber terbuka dengan kod-kod suatu teknologi yang belum
tentu bersedia untuk diterima dengan meluas.
Bagi Linux dan pergerakan
sumber terbuka, yang penting adalah kualiti, perisian yang stabil dan
tidak dibebani dengan bug dan ralat.
Anda sudah tentu
lebih yakin dengan perisian yang lebih berkualiti, kod-kod yang dijaga dengan rapi
agar mutu dan standard tidak diabaikan, tidak seperti sistem operasi saingannya
yang hanya mahu
mengikut perkembangan terkini yang belum tentu akan berpanjang. Kita sudah
belajar melalui sejarah. Sesebuah teknologi hanya akan berkembang apabila
ramai yang menggunakannya.
Suatu teknologi
yang digembar-gemburkan belum tentu lagi mencapai maksudnya dan Linux dan perisian sumber
terbuka hanya mahu melihat hanya teknologi yang terbukti sahaja diberikan
kepada penggunaannya.
Penutup
Linux dan perisian sumber
terbuka terus berkembang dengan pesat dan mampu memberikan penyelesaian
yang anda mahukan kepada masalah anda.
Diharapkan anda
mencuba dahulu Linux dan perisian sumber terbuka sebelum anda membuat sebarang
andaian melalui bahan bacaan saingan Linux dan perisian sumber
terbuka.
Rujukan Lain
Tentang
Linux
http://www.linux.org/
Perkembangan
terkini Linux di
http://www.linux.com/
Why
Open Source Software / Free Software (OSS/FS)?
Look
At The Numbers
http://www.dwheeler.com/oss_fs_why.html
Mengapa
Linux?
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/mengapalinux.html
SIG
Linux - Pertubuhan Pakar ICT Malaysia
http://www.mysig.org.my/
Linux
Malaysia
http://linuxmalaysia.cjb.net/
http://linuxmalaysia.isCool.net/
Saya
dan Linux
http://www.geocities.com/lovhafnie/blinux.html
Kempen
Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia
http://kemsoit.cjb.net/
Lain-lain
nota
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/
Rujukan
Vendor Untuk Linux
http://www.ibm.com/linux
http://linux.hp.com/
http://opensource.hp.com/
http://wwws.sun.com/software/linux/
Mendapatkan CD Linux
http://kedai.ittutor.net/
http://malaysia.freelinuxcd.org/
Wassalam.
Harisfazillah Jamel
Bukan Sekadar Internet
Sahaja.
http://harisfazillah.cjb.net/
Kembali Ke Laman
Utama [ Home ]
Laman ini
Di Internet
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/bandingan.html
https://linuxmalaysia.tripod.com/bandingan.html