APAKAH DIA
UNIX DAN SEJARAHNYA
UNIX adalah sebuah sistem operasi
yang matang, satu perisian yang mengawal komputer, menjadi orang tengah antara
anda dan komputer dan menyediakan alatan daripada segi perisian dalam membantu
kerja-kerja anda. Ia direka supaya mudah dikendali, cekap dan mempunyai pelbagai
suasana komputer.
Sejarah Unix
http://www.bell-labs.com/history/unix/
Pada tahun 1965, Bell Telephone Laboratories (Bell Labs, a division of AT&T)
berkerjasama dengan General Electric dan Project MAC of MIT untuk menulis
sebuah sistem operasi yang dipanggil Multic. Tidak lama kemudian, menyedari
projek itu tidak ke mana Bell Labs membuat keputusan untuk keluar daripada
kumpulan itu. Ini meninggalkan Bell Labs tanpa sebarang sistem operasi.
Ken Thompson dan Dennis Ritchie kemudian merangka sebuah sistem operasi yang
sesuai dengan keperluan Bell Labs. Pada tahun 1969, Dennis Ritchie dan Ken
Thompson menulis semula sebuah permainan komputer "SPACE TRAVEL" daripada
GE-645 ke DEC PDP-11/20 dan UNIX pun dilahirkan. Seorang penyelidik Bell
Labs, Brian Kernighan, memberikan nama sistem ini UNIX.
Untuk layak dipanggil sebagai sistem operasi yang sebenar, sesebuah sistem
operasi sekurang-kurangnya mempunyai dua kelayakan. Lebih daripada seorang
pengguna dapat menggunakan sistem operasi tersebut dalam satu masa dan ia
mampu menjalankan lebih daripada sebuah perisian pada waktu yang sama (multi-user
dan multi-tasking) sejak tahun 1970 UNIX telah memenuhi keperluan ini.
Dengan UNIX, setiap penggunanya mempunyai nama kemasukan (login name) mereka
sendiri dan sebaiknya setiap pengguna akan mempunyai kata lepas (password).
Dengan penggunaan nama kemasukan dan kata lepas, pengguna dapat dikenal pasti
sebagai apa yang mereka kenalkan diri mereka kepada sistem (login dan password).
Setiap komputer UNIX, pengguna yang memasuki sistem tersebut mempunyai identitinya
tersendiri. Sama ada
daripada nama komputer dan sekiranya ia disambungkan kepada rangkaian ia
akan mempunyai nombor IP dan nama domain.
Tahun yang paling penting bagi UNIX adalah pada tahun 1973, apabila UNIX
ditulis semula dalam bahasa C. Dengan bahasa ini, ia memudahkan UNIX
dialihkan kepada pelbagai jenis perkakasan komputer. Kini UNIX telah dijalankan
dan dibangunkan kepada hampir kesemua perkakasan komputer yang anda. Daripada
Intel, SPARC, Motorola, ARM dan pelbagai lagi.
Pelbagai vendor telah membeli kod asal UNIX dan kemudiannya membangunkan
UNIX sesuai dengan keperluan dan perkakas yang mereka keluarkan. IBM dengan
UNIX yang dipanggil AIX, HP dengan UNIX yang dipanggil HP-UX, SUN dengan
UNIX yang dipanggil Sun Solaris dan pelbagai lagi. Malang sekali tiada pemusatan
daripada segi pembangunan UNIX yang mengakibatkan terdapat pelbagai perbezaan
di antara UNIX yang dikeluarkan oleh pelbagai vendor. Sehinggalah tahun 1990,
apabila sebuah standard untuk UNIX dipersetujui. Pada tahun itu Standard
IEEE POSIX.1 diperkenalkan. http://www.pasc.org/
Sekitar tahun 1975, Thompson telah membawa kod-kod UNIX ke Universiti California
di Berkeley dan menggalakkan pembangunan UNIX di unversiti itu, http://daemonz.org/bugs/history.html.
Di sini lahirlah Unix BSD atau Berkely Software Distribution.
Pada masa ini sistem operasi UNIX mempunyai tiga keluarga yang besar, yang
berasaskan kod-kod UNIX keluarga Sistem V (kod-kod yang dibeli daripada AT&T
dan kemudiannya milik Unix System Laboratories) dan keluarga BSD (kod-kod
berasaskan UNIX yang dibangunkan daripada BSD). Keluarga UNIX yang terakhir,
yang kod-kod tiada kaitan dengan kod-kod asal UNIX adalah klon UNIX,
Linux. UNIX kini adalah tanda niaga milik The Open Group.
Kelemahan utama UNIX adalah ia kod-kodnya adalah besar (ia dijalankan di
dalam sistem-sistem mahal dan mempunyai sumber sistem yang tinggi)
dan harganya terlalu mahal. Di
sinilah Linux memainkan peranannya. Linux dibangunkan agar ia kecil, pantas
dan murah. Setakat ini pembina Linux masih mengekalkan konsep ini. Linux
mampu dijalankan dalam keadaan paling minimum seperti komputer Intel 286,
386 dan 486, komputer yang mungkin akan dibuang jika ia masih mahu menjalankan
sistem operasi berasaskan Windows.
Sejarah Linux
http://www.li.org/linuxhistory.php
Linux asalnya dibina oleh Linus Torvalds daripada Universiti Helsinki di
Finland. Linux diasaskan daripada UNIX untuk PC yang dipanggil Minix. Oleh
kerana Minix hanya dibina untuk tujuan pengajaran sistem operasi dan kekurangan
pelbagai perkara yang ada di dalam Unix, Linus mengambil keputusan menulis
sistem operasi itu dan ia dinamakan Linux. Akhir tahun 1991 Linux diperkenalkan
kepada umum dan Linus telah menjadikan kod-kod Linux itu percuma dan menggalakkan
penyebaran dan pembangunan Linux oleh orang lain. Pembangunan Linux terus
berkembang dengan diketuai oleh Linus, oleh kumpulan pembangunan sistem Linux
yang berada di seluruh dunia melalui Internet.
Linux adalah klon UNIX (Bagi MS, ia adalah bagai cerita Star Wars Episode
II - "Attack Of The Clones"). Ia ditulis semula daripada asal dan asas
agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod
Linux diambil daripada kod asal Unix. Tiada pihak daripada Unix System Laboratories
dan Universiti California di Berkely yang terlibat dengan pembangunan Linux.
Linux adalah sistem operasi yang pertama dan satu-satunya yang sedia mematuhi
standard yang telah ditetapkan di bawah dokumen POSIX-1 dan POSIX-2.
Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL). Lesen
ini telah ditulis oleh oleh Free Software Foundation (FSF), http://www.opensource.org/ bertujuan
untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menghadkan penyebaran
kod-kod aplikasi.
Secara ringkasnya, walaupun anda boleh mengenakan bayaran kepada salinan
kod-kod yang anda serahkan kepada orang lain, namun anda tidak berhak untuk
menghalang orang yang telah anda telah jualkan atau serahkan kod-kod itu
daripada menjual atau menyerahkan kod-kod itu kepada orang lain walaupun
secara percuma atau dengan harga lain yang telah mereka telah tetapkan. http://www.opensource.org/licenses/index.html
Ini juga bermaksud kod-kod asal perisian di bawah lesen ini boleh didapati
secara bebas tanpa halangan. Ini satu berita yang baik untuk pembangun aplikasi,
mereka boleh mengubah mana-mana aplikasi di bawah GPL dan masih boleh menyebarkan
kod-kod yang mereka ubah dan baiki dengan syarat kod-kod itu juga perlu dilesen
di bawah lesen yang sama.
Kebanyakan perisian, aplikasi dan utiliti di dalam distribusi Linux datang
daripada FSF dan projek GNU. Projek GNU http://www.gnu.org/
adalah usaha untuk menulis sistem operasi mudah alih dan canggih yang menyerupai
UNIX. Mudah alih bermaksud ia boleh dijalankan dipelbagai jenis sistem dan
mesin bukan setakat Intel, Macintosh dan pelbagai lagi. Sistem Operasi di
dalam projek ini dipanggil Hurd. Perbezaan di antara Hurd dan Linux bukan
daripada segi antara muka tetapi daripada segi pembangunan. Hurd adalah sistem
operasi moden dan Linux pula banyak meminjam reka bentuknya daripada Unix.
Aplikasi daripada projek ini tidak perlu ditulis semula untuk Linux. Dengan
kompiler C, GCC untuk Linux, maka perisian yang lain dengan mudah dibina
semula di dalam Linux tanpa perubahan yang besar.Tanpa GCC dan perpustakaan
Linux C, tidak mungkin perkara ini dilakukan. Penghargaan perlu diberikan
kepada H. J. Lu dan juga mereka yang terlibat dalam semua projek GNU
dan Linux.
[ Kembali Ke Index Nota ]
[ Kembali
Ke Laman Utama Linux Malaysia]
[ Jadual
Bengkel Linux ]