PEMASANGAN
DISTRIBUSI LINUX
Dalam pemasangan distribusi Linux beberapa perkara perlu diketahui
sebelum kerja-kerja pemasangan dapat dijalankan. Perkara ini penting
untuk memastikan pemasangan distribusi yang dipilih adalah berjaya.
Baca How-To
Perkara yang paling penting adalah persediaan daripada segi
pengetahuan. Adalah perlu untuk mengetahui perkakas-perkakas komputer
yang sesuai dengan Linux. diantara How-To yang perlu dibaca
Linux
Hardware-HOWTO dan
Linux INFO-SHEET
Dapatkan HOWTO tersebut di
http://www.tldp.org/
. Ada pelbagai
HOW-TO untuk pelbagai penyelesaian dalam Linux. Baca dokumen setiap
distribusi yang dpilih. Dokumen pemasangan boleh didapati di setiap
laman distribusi. Baca juga fail-fail dengan nama README dan INSTALL
dalam CD pertama distribusi.
Jenis
Pemproses (CPU)
Kebanyakan distribusi didatangkan dengan kernel yang telah disesuaikan
dengan CPU Intel Pentium ke atas atau yang serasi dengan Intel
seperti AMD atau Cyrix. Bagi Pentium ke bawah sila dapatkan distribusi
yang sesuai. Begitu juga bagi yang ingin mencuba memasang Linux pada
komputer dengan CPU SUN Sparc, Motorola dan pelbagai lagi. Dapatkan CPU
yang sesuai.
Kernel Linux juga menyokong penggunaan lebih satu CPU dalam satu
komputer yang dipanggil “symmetric multiprocessing” (SMP).
Bas
Linux menyokong semua jenis bas yang ada. Sama ada jenis terbaru PCI,
AGP, ISA, EISA, VESA dan MCA.
Jumlah
Memori
Bagi kebanyakan distribusi Linux yang menggunakan antara muka grafik
(GUI), jumlah memori yang sesuai adalah sekitar 128MB. Jika jumlah
memori kurang daripada itu, pemasangan secara “TEXT” adalah pilihan
yang sesuai.
Mana-mana perisian akan bertambah baik dan cepat sekiranya komputer
mempunyai jumlah memori yang besar dan harga memori adalah murah.
Untuk komputer tugasan pejabat dan rumah, jumlah memori 192MB ke atas
adalah sesuai.
Cakera
Liut
Linux mencapai cakera liut melalui BIOS komputer. Ini bermaksud
mana-mana cakera liut adalah disokong oleh Linux.
Tetikus dan Papan kekunci
Tetikus adalah diperlukan dalam menggunakan X Window. Linux menyokong
hampir semua jenis tetikus sama ada PS/2 dan tetikus USB. Linux
menyokong semua jenis papan kekunci.
Kad
SCSI
Sila pastikan distribusi yang dipilih menyokong kad SCSI pada komputer
yang hendak dipasang. Perisian pemasangan akan cuba mengesan kehadiran
kad SCSI dan menjalankan pacuan (driver) yang sesuai.
Pemacu
CD-R/DVD-R/CD-RW
Distribusi Linux terkini didatangkan dengan CD atau DVD bootable. CD
Pemasangan Linux boleh boot terus daripada CD untuk mendapatkan menu
pemasangan. Komputer jenis lama (ibu papan Pentium Pro ke bawah),
proses pemasangan memerlukan ia boot daripada disket. Gunakan utiliti
DOS seperti rawrite atau rawritewin bagi GUI Windows untuk membuat boot
disket.
Kad
Rangkaian (NIC) dan Modem
Kebanyakan kad NIC boleh digunakan oleh Linux sama ada Ethernet ARCnet
dan Token Ring. Yang selalu menjadi masalah adalah Winmodem. Winmodem
adalah modem yang dibina khusus untuk Windows. Jika mahu menggunakan
Linux dengan modem pastikan ia adalah external modem dan tidak
dilabelkan hanya untuk Windows. Selalunya jika panduan disertakan
sekali dengan sistem operasi lain selain Microsoft Windows, maka ia
juga boleh digunakan oleh Linux.
Bagi sambungan kepada rangkaian setempat (LAN) sediakan nama host untuk
komputer, nama domain rangkain, alamat IP atau pengunaan DHCP, alamat
IP gateway dan alamat IP “name servers” (DNS).
Cakera Keras
Kebanyakan cakera keras IDE diterima pakai oleh Linux, selagi ia tidak
memerlukan pemacu (driver) tambahan. Bagi cakera keras SCSI,
pemacu yang disesuaikan dengan Linux adalah diperlukan.
Pemasangan yang minimun memerlukan ruang sekitar 2.1 GB dan jumlah
minimun yang sesuai adalah sekitar 5GB. Linux boleh dibina atas sebuah
sebuah floopy sahaja.
Kad Paparan
Untuk menjalankan GUI dalam Linux, pastikan kad paparan diterima oleh
Distribusi Linux. Pilihan yang tidak sesuai akan menyukarkan pemasangan
sistem X Window. Sila rujuk laman distribusi yang dipilih. Dapatkan
nama video “chipset” dan buat carian dalam laman distribusi atau laman
Xfree86
http://www.xfree86.org/
, sama ada ia disokong oleh
Xfree86, enjin kepada X Window dalam Linux.
Bagi paparan text, semua video kad adalah disokong.
Pencetak
Hampir semua pencetak disokong oleh Linux. Ada pencetak yang
menggunakan API Microsoft Windows secara terus. Kononnya untuk
memudahkan plug and play tetapi di dalam hanyalah ROM yang boleh dibaca
oleh Microsoft Windows sahaja. Pastikan pencetak itu diterima oleh
semua jenis sistem operasi. Lawat laman
http://www.linuxprinting.org/
untuk mencari pencetak yang sesuai.
Kad
Bunyi
Hampir semua kad bunyi disokong oleh Linux.
LAIN-LAIN PEMILIHAN
Pilihan
Distribusi
Distribusi yang selalu menjadi pilihan adalah Distribusi Mandrake,
Suse, Fedora, Slakware, Debian dan Red Hat. Ada beratus distribusi
dibangunkan yang boleh dirujuk di laman
http://www.distrowatch.com/
.
Cara
Pemasangan
Cara pemasangan yang biasa dijalankan adalah dengan menggunakan CD-ROM
sama ada boot terus atau pun dengan disket. Distribusi Linux boleh
dipasang melalui sistem rangkaian (ftp, nfs, samba dan http), cakera
keras yang lain dan dengan penggunaan floopy sahaja.
Jenis Window Manager
Ada pelbagai jenis Window Manager untuk X Window dalam Linux. Yang
biasa digunakan adalah Gnome dan KDE. Pengguna komputer boleh memasang
sebanyak mana Window Manager yang disukai.
Langkah
Awal Sebelum Pemasangan
(1) Pastikan data-data tentang perkakas komputer telah didapati.
Senarai
tepat jenis dan model setiap perkakas akan memudahkan pemasangan.
(2) Bagi pemasangan yang melibatkan Linux dipasang dengan Microsoft
Windows, pastikan “Scandisk” dan “Defrag” telah dijalankan dalam
Windows. Ini akan memudahkan pembahagian cakera keras. Bagi Mandrake
pembahagian boleh dilakukan sewaktu membuat partition dalam pemasangan.
Pembahagian juga boleh dilakukan dengan menggunakan utiliti fips yang
boleh didapati dalam CD pertama direktori “dosutils” bagi distribusi
Red Hat dan Mandrake. Fips hanya boleh digunakan untuk sistem fail FAT
yang digunakan oleh Windows95 dan 98. Fips akan membahagikan cakera
keras kepada dua bahagian, bahagian Windows yang dikecilkan dan
partition kosong untuk pemasangan Linux.
(3) Pastikan disket boot yang sesuai telah disediakan jika ia
diperlukan. Dengan menggunakan Windows, anda boleh mendapat tetingkap
seperti dibawah ini bagi CD pertama Linux Mandrake.
Sediakan sebuah disket yang telah di format dan pilih “
Install
Mandrakelinux using floppy”. Pastikan pemilihan “
Image” yang betul.
Sebagai contohnya untuk disket boot CD-ROM pilih didalam folder
images fail cdrom.img.
Tekan butang Write untuk mula sediakan disket boot.
Ringkasan Pemasangan
Linux Mandrake Versi 10
(1) Pastikan CD pertama sudah dimasukkan ke dalam pemacunya sebelum
menjalankan komputer. Sila pastikan pemacu CD merupakan alatan “boot”
yang pertama melalui “BIOS Setup”.
(2) Tekan “Enter” pada tetingkap yang pertama. Tetingkap ini mempunyai
beberapa pilihan untuk pemasangan Mandrake. Menekan “Enter” adalah
pilihan pemasangan melalui GUI. Untuk pemasangan menggunakan mod text,
taip text dan tekan “enter”.
(3) Pilih “
English (Amarican)”
untuk pilihan bahasa.
(4) Buat pilihan “
Accept” untuk
persertujuan perlesenan.
(5) Untuk “
Security Level”
pilih Standard.
(6) Pada pilihan “Disk Partition” pastikan pilihan yang betul dibuat.
Jika berkongsi dengan Windows buat pilihan secara manual. Partition
Windows boleh dikecilkan melalui “Disk Druid”. Pastikan “Scandisk” dan
“Defrag” telah dibuat pada partition Windows.
Amaran tidak boleh berpatah
balik selepas pilihan ini. Cakera keras akan diubah selepas pilihan ini.
(7) Pada pilihan pakej pemasangan, ia memberikan beberapa pilihan pakej
pilihan secara default. Pilih berdasarkan kesesuaian tugas komputer.
Work Station adalah untuk kerja-kerja melibatkan perisian pejabat,
Games, Internet Station dan pelbagai. Untuk “Server” buat pilihan
berdasarkan apa yang hendak digunakan. Email server, DNS, Web server
dan pelbagai. Dalam pilihan “Server” kurangkan pilihan “Work Station”.
Sesebuah komputer sepatutnya hanya mempunyai satu tugas sahaja sama ada
sebagai “Work station” atau “Server”.
Untuk Dekstop (GUI) Pilih KDE atau Gnome. Untuk “Work Station” boleh
pilih kedua-dua. Untuk “Server” tidak perlu ada GUI, melain bagi
pengguna baru dan perlukan GUI pilih salah satu sahaja. Ini adalah
untuk tujuan keselamatan.
(8) Setelah membuat pemilihan. Pemasangan akan dijalankan. Bergantung
kepada perkakas komputer dan pilihan pakej ia akan mengambil masa 5
minit ke 1 jam dan mungkin lebih.
(9) Selesai pemasangan pakej perisian, pemasangan memerlukan kemasukan
kata lepas pengguna root yang baru. Sila pilih kata lepas yang sesuai,
susah diteka dan tiada berkaitan dengan diri atau orang tersayang. Nama
pengguna root merupakan pengguna yang istimewa dalam sistem. Ia adalah
“Super id” dan digunakan untuk pentadbiran sistem. Jaga ia dengan baik.
(10) Selepas itu masukkan pula nama pengguna lain. Pastikan ia
digunakan untuk kemasukan dalam Linux. Jangan gunakan root.
(11) Pada pilihan pemasangan seterusnya. Tukar pilihan untuk “Country”,
“Time Zone”, “Network” dan “GUI”. Pastikan semuanya sesuai. Jika ada
masalah, amaran merah pada kotak tertentu akan ditayangkan. Sila buat
pembetulan.
(12) Komputer perlu “
reboot”
Laman Linux Mandrake di
http://www.linux-mandrake.com/
Ringkasan Pemasangan
Fedora Core 1
(1) Tekan “Enter” untuk tetingkap pertama. Taip “text” dan “Enter” jika
mahu pemasangan secara mod text.
(2) Pada tetingkap “Ujian CD” pilih skip jika tidak mahu membuat ujian
ke atas CD pemasangan. Bagi baru memiliki CD tersebut, digalakkan untuk
menjalankan ujian.
(3) Tekan “Next” untuk “
Welcome Screen”
(4) Pilih “
English” untuk
pilihan bahasa pemasangan.
(5) Pilih “
US English” untuk
“Keyboard Configuration”
(6) Pastikan pilihan tetikus betul. Jika “mouse” hanya ada 2 butang
pastikan pilihan “Emulate 3 buttons”. Ini akan membantu dalam
penggunaan X-Window.
(7) Pastikan pilihan “Monitor Configuration” adalah betul dan sesuai.
Pilih yang sama atau berdekatan berdasarkan pengeluar monitor. Secara
automatik “Horizontal Sync” dan “Vertical Sync” akan dimasukkan. Rujuk
buku panduan pengeluar jika perlu untuk masukkan “setting” secara
manual.
(8) Pemasangan mungkin mengutarakan pilihan “Upgrade” atau “Install”.
Ini bermaksud, telah ada versi Fedora dipasang. Buat pilihan yang
bersesuaian.
Pada pilihan jenis pemasangan, buat pilihan yang sesuai sama ada untuk
Personal Desktop, Work Station, Server atau Custom. Agak berbeza
sedikit dengan Linux Mandrake. Pilihan “Personal Desktop” adalah untuk
pengguna di rumah manakala “Work Station” adalah untuk pengguna yang
telah mahir untuk pembangunan dan pentadbiran sistem.
(9) Pada pilihan Disk Partition Setup pilih Automatic Partition. Jika
berkongsi dengan partition Windows, pastikan pembahagian telah dibuat
sama ada dengan FIPS atau “Partition Magic”. Tidak seperti Linux
Mandrake, pembahagian ini perlu dibuat dahulu sebelum pemasangan. Ruang
kosong yang telah disediakan akan digunakan.
(10) Pilih “Next” untuk pilihan “Boot Loader”. Grub akan digunakan
dalam pilihan ini.
(11) Bagi pilihan pemasangan sistem rangkaian. Buat pilihan yang
bersesuaian. IP bagi komputer mungkin perlu dimasukkan secara manual.
Dapatkan ia daripada pentadbir sistem rangkaian.
(12) Pada pilihan Firewall, pilih mana yang sesuai. Jika ada sambungan
di Internet dinasihatkan untuk memasang Firewall. Bagi yang memasang
“Server” buat pilihan “service” apa yang digunakan. Ini membolehkan
pengguna luar menggunakan kemudahan itu.
(13) Tambah pilihan bahasa jika perlu.
(14) Masukkan zon masa yang sesuai. Pilihan adalah Asia/Kuala Lumpur.
(15) Masukkan kata lepas untuk nama pengguna root. Peringatan kata
pengguna root adalah nama pengguna utama dalam Linux. Gunakan nama
pengguna biasa untuk semua perkara. Nama pengguna root dan kata
lepasnya hanya diperlukan apabila membuat perubahan pada sistem.
(16) Pada pilihan pakej perisian, pastikan semua perisian yang ada
telah dipilih. Jika mahu GUI, Pastikan KDE atau Gnome telah dipilih.
Jika mahu membuat penambahan selain “Default Software” sila bulat
pilihan “Customize”.
(17) Pada tetingkap kepastian, pilih Next. Pada tetingkap ini masih
boleh membatalkan pemasangan tanpa ada perubahan pada komputer. Sila
jawab
(18) Komputer perlu reboot selepas pemasangan.
(19) Ada sambungan pemasangan selepas “reboot” untuk kemasukan masa dan
tarikh, nama pengguna biasa, ujian bunyi dan CD tambahan jika ada.
Laman Fedora di
http://fedora.redhat.com/
Mendapatkan Pertolongan
Di Internet
Forum-forum
http://www.ittutor.net/
http://www.mtusempoi.org/
http://www.mysig.org.my/
Kumpulan Diskusi Email
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99
Dapatkan CD Linux di
http://www.iusahawan.com/
Nota ini adalah sebahagian daripada Nota Kursus Linux anjuran
Pertubuhan Pakar ICT Malaysia (MYSIG)
http://www.mysig.org.my/
Bagi mana-mana individu, organisasi dan syarikat yang berminat untuk
mendapatkan latihan dan tunjuk ajar Linux dan Openoffice.org , boleh
membuat pertanyaan kepada Pertubuhan Pakar ICT Malaysia di laman
http://www.mysig.org.my/ atau
melalui telepon 603-40224854. MYSIG juga boleh dihubungi untuk susun
atur nota yang lebih baik dan cantik dan terkini.
Mulakan langkah ke perisian sumber terbuka sekarang. Keterangan lanjut
di
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/186
Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di
http://groups.yahoo.com/group/haris
atau email kepada
haris-subscribe@yahoogroups.com
Penulis boleh dihubungi melalui email
hafnie @ mtusempoi dot org
Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
http://hafnie.blogspot.com/
v 1.1 27MAY04
Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0
Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan
Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia
--- Iklan ---
Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi
http://smssempoi.iscool.net/
Dapatkan Email yang percuma sempoi dan cool di
http://emailsempoi.iscool.net/
--- Iklan ---
Sumber Rujukan
(1) Linux Documentation Project
http://www.tldp.org/
(2) Offical Fedora Companion – Your Guide to the Fedora Project oleh
Nick Petrely. RedHat Press, Wiley Publishing Inc.
(3) Red Hat Linux Networking and System Administration (2nd Edition)
RedHat Press, Wiley Publishing Inc.
http://www.wiley.com/