Saya
percaya ramai ahli Mysig dan juga
pengunjung laman ini berminat untuk mengetahui dimana mahu bermula dengan
Linux.
Sebagai
mana Windows 95/98/ME/XP/NT/W2K, Unix adalah sebuah sistem operasi yang
membantu pengguna dan applikasi mengendalikan pengguna perkakas komputer.
Unix adalah sebuah sistem operasi yang matang yang mula dibangunkan sekitar
tahun 1969. Lama sebelum
wujudnya DOS pada PC. (Sekitar tahun 1981). http://www.bell-labs.com/history/unix/
Bagaikan orang yang sudah berpengalaman luas. Unix adalah sistem operasi
yang stabil dan paling komplek meliputi pelbagai penyesuaian untuk pelbagai
tujuan. Ia boleh melakukan pelbagai tugas, 24 jam kali 7 hari tanpa memerlukan
ia shutdown apabila timbul masalah.
Dengan
pelbagai vendor membangunkan Unix maka wujud pelbagai jenis Unix di pasaran.
HP-UX daripada HP, Sun Solaris daripada Sun, AIX daripada IBM dan pelbagai
lagi. Walaupun mempunyai ramai vendor, namun perbezaan masih tidak ketara.
Perbezaan mungkin disebabkan
oleh perbezaan perkakas yang digunakan, ciri-ciri tambahan dan cara pengendalian.
Vendor-vendor Unix cuba mematuhi standard POSIX yang telah ditetapkan secara
bersama. http://www.pasc.org/ Secara am,
jika anda tahu satu jenis Unix maka anda boleh menggunakan Unix yang lain.
Tiada perbezaan yang ketara.
Linux
adalah klone Unix. Asalnya daripada perkembangan untuk mendapat Unix yang
murah dan tidak dibelenggu dengan masalah hakcipta. Anda boleh merujuk sejarah
saman antara Unix System Laboratories dan BSD pada tahun 1992. http://daemonz.org/bugs/history.html
Maka pencipta Linux mula membina sebuah sistem operasi berdasarkan standard
Unix POSIX. Asalnya Linus ingin membaiki sebuah lagi sistem operasi berasaskan
unix, Minix (mini unix), namun pelbagai masalah timbul disebabkan kelemahan
kod Minix, maka Linus telah menulis semula sistem operasi itu.
Pada
akhir tahun 1991 lahirlah Linux. http://www.li.org/linuxhistory.php
Dengan dibantu didalam Internet oleh jurutera komputer yang kebanyakannya
juga adalah jurutera pembangunan Unix maka kernel Linux berkembang dengan
baik dan cuba mematuhi standard Unix POSIX. Dengan disokong pula oleh pergerakan
Open Source http://www.opensource.org/
maka pelbagai applikasi telah dibawa masuk ke dalam distribusi Linux. Distribusi
(distrobution) adalah himpunan applikasi yang dikumpulkan disekitar kernel
Linux. Perbezaan antara distribusi adalah cara pemasangan applikasi, jenis
applikasi yang dipilih dan versi applikasi.
Perbezaan
ini tidak mempengaruhi cara anda dengan Linux. Anda menguasai satu distribusi
maka anda boleh telah mengusai Linux dan distribusi lain. Anda boleh melawat
laman ini
Untuk
melihat dengan jelas perbezaan antara Distro. Kebanyakan applikasi dan distribusi
Linux adalah dengan lesen General Public License. (GPL). Oleh kerana didalam
GPL telah menyatakan pengguna hanya perlu membayar sebanyak $0.00 pada setiap
penggunaan applikasi GPL, maka anda perlu membayar dengan harga itu. Pelik
bukan $0.00. Tapi itulah harganya. Anda hanya mungkin dikenakan kos untuk
pengendalian, pengedaran dan sokongan tetapi bukan harga applikasi GPL.
Anda
boleh memdapatkan Linux dengan muat turun daripada laman setiap distro dengan
mendapatkan fail ISO untuk anda burn CD.
http://linuxiso.org/
Jika perkara ini menyukarkan carilah dimana-mana kedai komputer dan jualan
applikasi. Ia tidak menjadi kesalahan kerana Linux dan Applikasi GPL adalah
dilesen dibawah hak umum, ia dimiliki oleh kita semua. Jika anda berminat
sila lawat laman ini untuk tempahan secara online.
Setiap
Distro Linux mempunyai panduan pemasangan didalam CDnya. Sepatutnya ia banyak
membantu anda. Satu perkara anda perlu faham tentang penggunaan applikasi
Open source, banyak bahan boleh didapati dengan banyak dan percuma di Internet.
Anda hanya perlu berusaha mencarinya.
Laman
yang paling penting adalah laman "The Linux Documentation Project
di http://www.tldp.org/ .Bahan bacaan
yang paling penting adalah HOWTO. HOWTO adalah panduan yang telah ditulis
secara terperinci tetapi mudah difahami bertujuan untuk memudahkan pengguna
baru Linux.
Setelah
memasangnya tentunya anda mahu mencuba pelbagai perkara tentang Linux. Jika
anda berminat untuk menggunakan GUI seperti Windows, sewaktu pemasangan anda
sepatutnya telah memilih penggunaan X-windows dengan Desktop KDE.
Setakat
ini sahaja, saya akan menyambung apa yang anda boleh lakukan selepas ini
untuk meluaskan lagi penggunaan Linux anda dalam nota akan datang.
Wassalam.
: )
-------------
Nota
ini tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan,
tidak juga berkaitan dengan mana-mana laman dan kumpulan perbincangan dalam
dan luar negeri dan tidak melibatkan mana-mana syarikat sama ada persendirian
atau umum.
Ini
adalah usaha peribadi saya sendiri. http://hafnie.tripod.com/
Maka dengan saya tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung
akibat yang mungkin timbul secara langsung atau tidak langsung hasil daripada
pembacaan nota ini. Ikuti ia dengan risiko anda sendiri. Pelepasan ini juga
melibatkan tempat dimana anda membaca nota ini. Nota ini adalah usaha hantaran
secara peribadi dimana-mana laman.