Mengapa Belajar
Linux ?
Kerana Linux adalah sistem
operasi masa hadapan.
Bagi kita
pengguna komputer dan Internet Malaysia mempelajari Linux adalah
peluang untuk mendapatkan sistem operasi yang murah dan stabil.
Kebanyakan perisian yang didatangkan dengan distribusi Linux adalah
percuma untuk digunakan. Bayaran yang dikenakan hanyalah bayaran
mendapatkan CD-CD Linux.
Linux didatangkan
dengan lesen penggunaan yang percuma. Ia juga memberikan kebebasan
kepada pengguna komputer untuk menyalin, menyebar dan mengedarkan Linux
kepada sesiapa tanpa perlu membayar lesen penggunaan. Kod-kod asal
Linux juga boleh dilihat, diubah dan disebarkan. Inilah "Open Source" atau perisian
sumber terbuka.
Pelbagai
perisian sumber terbuka yang anda boleh dapati setanding dengan
perisian yang perlu anda beli dengan harga yang mahal.
Hentikan amalan membeli cetak rompak kerana
anda hanya menggalakkan pelbagai kegiatan jenayah.
Gantikan
perisian yang anda mahukan dengan perisian yang setanding. Antaranya
Openoffice untuk gantikan MS Office, Mozilla untuk gantikan IE dan
Distribusi Linux dengan lebih daripada 5000 perisian untuk gantikan
sistem operasi anda.
Langkah-langkah untuk mempelajari
dan mengguna Linux
Sebelum anda mahu
belajar tentang Linux, beberapa artikel yang menarik boleh anda dapati
di Laman Linux Malaysia http://www.geocities.com/linuxmalaysia .
Dapatkan CD-CD
distribusi Linux sama ada secara percuma daripada http://malaysia.freelinuxcd.org/
(Mungkin mengambil masa bergantung kepada stok dan tabung kewangan).
Anda juga boleh mendapatkan CD Distribusi Linux yang terbaru dan
penghantaran segera daripada http://www.iusahawan.com/
.
Distribusi yang
dicadangkan untuk pengguna yang baru hendak mencuba adalah Distribusi Mandrake atau RedHat.
Anda boleh
mencuba pemasangan sendiri. Distribusi Linux boleh dipasang dalam satu
PC bersama dengan sistem operasi yang lain. Panduan mengenainya boleh
anda dapati di laman setiap distribusi. Bagi RedHat anda boleh dapati
di http://www.redhat.com/ dan
Mandrake di http://www.mandrake.com/
. Bagi Mandrake Toturial boleh didapati di dalam CD yang pertama dibawah
direktori Tutorial. Sebagai contoh disini http://public.ftp.planetmirror.com/pub/mandrake/9.0/i586/tutorial/index.html
.
Cara yang
terbaik untuk belajar adalah dengan menghadiri bengkel dan kelas.
Bengkel setengah hari pemasangan RedHat Linux diadakan setiap bulan
oleh peminat-peminat Linux Malaysia. Ia adalah usaha kerjasama dengan
Pertubuhan Pakar ICT Malaysia (MYSIG) melalui "Program Outreach".
Dengan kerjasama ini, urusan mendapatkan makmal dan pendaftaran
diuruskan oleh MYSIG.
Bagi anda yang
mahu mengenali Linux dengan Lebih dekat, mahu cuba memasangnya, bengkel
ini adalah sesuai untuk anda. Jadual bengkel yang terbaru boleh anda
dapati di laman MYSIG http://www.mysig.org.my/
Lihat Jadual Latihan.
Bayaran yang
dikenakan hanyalah bayaran kos kerana ini usaha sukarela. Bagi pengguna
Linux atau orang lama anda turut dijemput untuk hadir membantu. (tidak
perlu sertai kelas dan membayar).
MYSIG juga turut
mengadakan kursus Linuxi. Kursus 2 hari ini merupakan kursus untuk
mereka yang baru dengan Linux dan mahu mendalami Linux daripada segi
teknikal. Sila lihat Jadual Latihan di laman MYSIG.
Anda boleh
melihat sebarang aktiviti yang melibatkan Linux di Malaysia di laman ini
http://calendar.yahoo.com/linuxmalaysia
Pilih "Month"
untuk melihat secara keseluruhan. Sila hantarkan sebarang aktiviti
Linux di Malaysia ke linuxmalaysia@yahooLL.com. Sila buang LL dalam
yahooLL, ini untuk perlindungan daripada SPAM.
Terdapat
pelbagai forum yang anda boleh jadikan tempat untuk anda bertanyakan
masalah Linux dan lain-lain perisian sumber terbuka. Antara laman yang
dicadangkan adalah :-
http://www.ittutor.net/ - Masalah
Linux, komputer dan Internet anda disini.
http://www.komuniti.net/ - Bahagian
OS
http://www.bincang.net/ - Bincang IT
Perbincangan
melalui email dan laman
Kumpulan
Dunia-Digital
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital
Pertanyaan tentang komputer dan Internet secara umum termasuklah Linux.
Penyertaan melalui email dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com
Kumpulan
Mypenguin99
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99
Bagi orang lama
dan pengguna Linux, silalah sertai kumpulan ini. Penyertaan melalui
email mypenguin99-subscribe@yahoogroups.com
Apabila
bertanyakan soalan sila nyatakan distribusi apa yang anda gunakan,
jenis komputer, CPU, jumlah memori dan jumlah ruang cakera keras.
Maklumat ini akan membantu sesiapa yang ingin menjawab soalan anda.
Bagi yang mahu
mencuba perisian sumber terbuka tanpa perlu memasang Linux. Senarai
perisian boleh anda lihat disini http://www.theopencd.org/programs/index.html
atau anda boleh dapatkannya melalui http://www.iusahawan.com/
Moga artikel ini
mampu mengerakkan anda untuk mencuba Linux.
Wassalam.
: )
http://www.geocities.com/lovhafnie
--- [ Ke Laman Utama ]