Make your own free website on Tripod.com

Runding Cara Penggunaan Linux Dan Sumber Terbuka

Laman ini di Internet : http://www.geocities.com/linuxmalaysia/rundingcara-linux.html
http://www.geocities.com/linuxdotmy/rundingcara-linux.html

Mengapa Sumber Terbuka Dan Linux?

Linux (http://www.linux.org/ dan http://www.linux.com/) adalah salah satu sistem operasi hasil aspirasi sumber terbuka dan komunitinya.  Linux terus berkembang dan kini mengatasi sistem operasi Unix seperti SUN, HP-UX dan lain-lain lagi, di dalam pasaran komputer pelayan (server) dan mula menggugat pasaran Windows 2000 dan Windows 2003.  Bagi penggunaan komputer "Desktop", Linux dengan X-Window dan pilihan-pilihan Desktop dalam sumber terbuka semakin matang dan mampu menjadi pengganti sistem operasi Windows bagi kebanyakan tugasan.  Sebagai contoh perisian OpenOffice.Org sebagai alternatif kepada Microsoft Office, Mozilla dan Firefox pengganti kepada Internet Explorer, Ximian Evolution pengganti Outlook dan pelbagai lagi perisian.  Semua perisian ini hanya memerlukan kebiasaan penggunaan untuk menjadi mahir.

Mengapa Linux dan sumber terbuka menarik dan menjadi pilihan ramai pihak untuk mencuba dan menggunakannya adalah kerana  syarat-syarat perlesenan.  Semua lesen dalam sumber terbuka adalah bebas (Free) http://www.opensource.org/ . Bebas dalam sumber terbuka adalah bebas untuk mendapat kod sumber, bebas untuk disalin, bebas untuk disebarkan, bebas untuk digunakan dan yang menarik bagi sumber terbuka mengenakan harga kepada perlesenan akan menghadkan kebebasan itu.  Maka perlesenan dalam sumber terbuka adalah percuma atau dengan harga sifar.

Bertukar kepada Linux dan sumber terbuka, adalah mudah, namun ia memerlukan panduan awal kerana konsep dan caranya yang agak berbeza.  Ia umpama bertukar kereta daripada automatik kepada manual.  Kesukaran awal mungkin memahami semula tentang "kluth & gear" namun setelah mengusainya, ia lebih menjadi mudah dan tidak disedari.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kihdmat nasihat dan kepakaran dalam membangunkan Linux dan sumber terbuka dalam organisasi anda.

Saya boleh dihubungi melalui :-

(i) Alamat Email : linuxmalaysia @ gmail dot com
(ii) Yahoo Messenger YM dengan Yahoo ID linuxmalaysia
(iii) Dengan nick hafnie di forum http://www.ittutor.net/ dan http://www.mtusempoi.com/
(iv) Dengan meninggalkan notis di Ryze http://www.ryze.com/linuxmalaysia
(v) Dengan Skype dengan Skype Name linuxmalaysia .
(vi) Atau melalui kumpulan diskusi

Yahoogroups Dunia Digital
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital

Google  Groups Linux Malaysia
http://groups.google.com/group/linuxmalaysia

(vii) Perkembangan saya boleh dilihat melalui penulisan dan perbincangan di forum dan senarai email di atas. Untuk mendapatkan maklumat dan penulisan saya sila sertai senarai email terhad (Hanya saya yang menghantar)

Yahoogroups Harisfazillah Jamel
http://groups.yahoo.com/group/haris

atau melawat laman http://www.geocities.com/linuxmalaysia dan http://www.geocities.com/linuxdotmy


Letakan  kod  banner disini

Khidmat runding cara Linux dan sumber terbuka ini merangkumi :-

(i)    Nasihat dan panduan daripada segi teknikal dalam hala tuju Linux dan sumber terbuka

(ii)    Khidmat latihan untuk pengguna "Desktop" dan juga pentadbir sistem komputer

(iii)    Memberikan sokongan kepada masalah yang berlaku.  Mencari penyelesaian dan memberikan nasihat dan langkah selanjutnya jika perlu
(iv)    Mengadakan ceramah penerangan dan penjelasan tentang Linux dan sumber terbuka

(v)    Khidmat sokongan melalui rangkaian melalui YM ( linuxmalaysia), email dan forum ( MTU Sempoi dan ITtutor ). Pengalaman 13 tahun (sejak 1991) dalam dunia pekerjaan dan lebih 10 tahun dengan dunia Unix dan 5 tahun dengan Linux, ia banyak membantu dan mematangkan diri dalam mempelajari dan menggunakan Linux. 

Antara projek-projek yang telah dijalankan:-

Apache Web Server

(i) Sistem pengedaran laporan kepada cawangan untuk tempat pekerjaan lama. Kos pencetakan dan penghantaran laporan ke seluruh Malaysia adalah mahal dan meningkat, cara penyelesaian elektronik perlu diguna pakaii.  Dengan menggunakan konsep Intranet, matlamat ini  boleh dicapai. Cawangan-cawangan mencapai laporan dengan perisian pelayar Internet dan komputer pelayar dengan penggunaan protocol ftp pada awal pelaksanaan.  Ia kemudiannya ditukarkan dengan penggunaan pelayan laman Apache dengan protocol https, supaya sambungan lebih selamat disamping meningkatkan keupayaan kawalan terhadap pengguna dengan penggunaan Apache Realm.

NFS Files Sharing

(ii) Perkongsian fail antara Unix (HP-UX) dan Linux dilakukan dengan penggunaan NFS. Projek salinan fail-fail ke Linux adalah ini bertujuan untuk mengurangkan beban komputer utama yang dijalankan oleh HP-UX dalam memproses fail-fail laporan untuk sebaran ke seluruh negara. Dengan ini komputer utama dapat mengutamakan perisian perbankan dan Linux pula menjalankan kerja-kerja pembahagian fail-fail laporan kepada cawangan. Shell script dibangunkan dan digunakan dalam proses ini dimana fail-fail dibaca melalui NFS dan kemudiannya dimasukkan ke dalam direktori-direktori cawangan yang dicapai melalui Intranet dan dikawal dengan penggunaan Apache Realm (htaccess).

SAMBA Files Sharing

(iii) Perkongsian fail antara Windows dan Linux dengan penggunaan SAMBA.  Fail-fail dalam Linux yang mencecah lebih 50,000 fail perlu disalin ke CD untuk tujuan simpanan jangka panjang dan sebaran kepada cawangan.  Dengan "CD Burner" berada dalam komputer Windows, maka salinan dibuat melalui sistem rangkaian. Kemampuan SAMBA melayan keperluan ini umpama "drive" Windows berada dalam komputer itu sendiri tanpa sebarang masalah. Linux dan SAMBA tidak mudah dijangkiti oleh trojan dan virus Windows yang sering melanda sistem rangkaian.

File Synchronization

(iv) Membuat salinan antara komputer utama Linux dan komputer siap sedia melalui perisian rsync. Sekiranya berlaku masalah di komputer utama, komputer siap sedia mampu mengambil alih tugas komputer utama dalam jangka masa yang ditetapkan. Rsync telah dipilih disebabkan jarak yang memisah antara 2 komputer ini, iaitu antara Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Domain Name System

(v) DNS perlu dalam pembangunan sistem rangkaian. Tanpa DNS pengguna komputer perlu ingat no IP dan mengingat nombor bukanlah satu kebiasaan kerana sering berlaku kekeliruan. Dengan DNS, pengguna komputer hanya perlu ingat nama komputer yang selalunya dinamakan dengan penggunaannya dan DNS akan melakukan kerja-kerja pertukaran nama itu kepada no IP supaya ia difahami pula oleh komputer.

Pembangunan DNS di organisasi lama melibatkan persediaan DNS untuk dua rangkaian LAN yang berbeza yang dipisahkan oleh jarak yang jauh. Untuk memastikan hubungan WAN antara dua tempat ini tidak sesak dua DNS telah dibangunkan secara berasingan untuk setiap LAN.  Kemas kini dilakukan kepada DNS utama dan fungsi "Zone Transfer" digunakan untuk kemas kini DNS ke dua.

Untuk pengkongsian pengalaman, komputer-komputer Windows terutama Windows 95/98 sering bertanya kepada DNS untuk tujuan pengenalan komputer dalam sistem rangkaian. Pertanyaan yang banyak oleh beribu komputer antara dua tempat menyebabkan hubungan WAN sesak dan merugikan. Keputusan untuk pengasingan dua DNS untuk mengurangkan kesesakan antara rangkaian disamping mengurangkan kesan sekiranya hubungan WAN menghadapi masalah, DNS masih tetap berfungsi untuk sebahagian lagi LAN. DNS yang digunakan adalah BIND (Berkeley Internet name domain) di atas sistem operasi Linux. Komputer lama yang dijalankan dengan CPU Intel Pentium 133mhz telah digunakan untuk tugasan ini. Murah dan BIND dan Linux tidak perlukan perkakas yang canggih dan terkini untuk menjalankan satu tugas DNS.

Salinan Sistem (System Backup)

Membuat "backup" merupakan keperluan utama dalam memastikan data-data tidak hilang apabila berlaku sebarang masalah kepada komputer. Keperluan "backup", komputer yang menjalankan pelbagai tugas dan fungsi, memerlukan cara yang tersendiri berdasarkan keperluan operasi. Utiliti "backup" yang sesuai perlu diuji dan disesuaikan dengan sistem. "Backup" juga perlu mempunyai automasinya sendiri dalam memastikan gangguan yang minima kepada bahagian operasi. Shell script "backup" yang berdasarkan utiliti dump telah dibangunkan dan keselamatan turut dititik beratkan. Dengan penggunaan Menu dan sudo untuk menghadkan keupayaan pengguna dalam melakukan sesuatu dalam sistem.

Keselamatan Komputer

Pencerobohan terhadap komputer boleh menyebabkan kehilangan atau data-data jatuh kepada pihak yang tidak berkenaan. Soal keselamatan tidak terhad kepada pencerobohan malah bencana dan masalah-masalah yang timbul akibat perkakas, sistem operasi dan perisian boleh diketegorikan dalam soal keselamatan. Bergantung kepada saiz organisasi. Pembahagian tugas keselamatan komputer digariskan antara bahagian keselamatan dan teknikal. Bagi organisasi kecil, ini mungkin dipikul oleh seorang pentadbir sistem. Perkara ini tidak digalakkan terutama melibatkan penjagaan "username" yang berkuasa penuh seperti root dan Administrator atau utiliti yang berkuasa seperti sudo dan pelbagai. Sekurangnya pembahagian supaya ada periksa dan imbang (check and balance) wujud.

Projek dan tugasan keselamatan yang telah dijalankan

(i) "System Hardening". Ia bermaksud tugasan yang melibatkan kerja-kerja keselamatan yang berdasarkan senarai periksa keselamatan bagi tujuan meningkat keupayaan sistem dalam menghadapi usaha pencerobohan dan masalah keselamatan yang lain. jika anda pernah mendengar pen test (penetration test), server assessment, ini yang kami lakukan. Mencari kelemahan keselamatan sistem komputer, mengeluarkan laporan dan membaikinya. Ini melibatkan pelbagai sistem operasi antaranya Linux, HP-UX Windows dan SUN. Antara perisian yang digunakan adalah Nessus, CISscan dan shell script.

(ii) Mewujudkan satu komputer pusat catatan log untuk semua komputer utama sama ada Unix, Unix dan Windows NT 2000 dan 2003. Ini akan memudahkan kerja-kerja pemerhatian dan simpanan. Dengan penggunaan syslog, Swatch dan Apache sebuah penyelesaian ringkas dapat diwujudkan.
 
(iii) Mewujudkan perisian pengesanan pencerobohan dalam rangkaian (Intrusion Detection System - IDS) sama ada dengan Snort atau Prelude.


Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie

28FEB2005
versi 1.0

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2005
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan

nick : hafnie dan linuxmalaysia

------ Iklan Diri Sendiri :)

Perlukan kursus latihan dan kelas Linux
http://linuxmalaysia.tripod.com/linux-training.html

Perlukan tenaga pakar perunding Linux untuk pemasangan
pelbagai penyelesaian Linux atau mahu berhubung terus

http://www.geocities.com/linuxdotmy/rundingcara-linux.html

Atau rakan niaga http://www.myoss.net/
dan http://www.sinets.com/

-----