PEMASANGAN DISTRIBUSI LINUX


Dalam pemasangan distribusi Linux beberapa perkara perlu diketahui sebelum kerja-kerja pemasangan dapat dijalankan. Perkara ini penting untuk memastikan pemasangan distribusi yang dipilih adalah berjaya.

Baca How-To

Perkara yang paling penting adalah persediaan daripada segi pengetahuan. Adalah perlu untuk mengetahui perkakas-perkakas komputer yang sesuai dengan Linux.  diantara How-To yang perlu dibaca

Linux Hardware-HOWTO dan Linux INFO-SHEET

Dapatkan HOWTO tersebut di http://www.tldp.org/  . Ada pelbagai HOW-TO untuk pelbagai penyelesaian dalam Linux. Baca dokumen setiap distribusi yang dpilih. Dokumen pemasangan boleh didapati di setiap laman distribusi. Baca juga fail-fail dengan nama README dan INSTALL dalam CD pertama distribusi.

Jenis Pemproses (CPU)

Kebanyakan distribusi didatangkan dengan kernel yang telah disesuaikan dengan CPU  Intel Pentium ke atas atau yang serasi dengan Intel seperti AMD atau Cyrix. Bagi Pentium ke bawah sila dapatkan distribusi yang sesuai. Begitu juga bagi yang ingin mencuba memasang Linux pada komputer dengan CPU SUN Sparc, Motorola dan pelbagai lagi. Dapatkan CPU yang sesuai.

Kernel Linux juga menyokong penggunaan lebih satu CPU dalam satu komputer yang dipanggil “symmetric multiprocessing” (SMP).

Bas

Linux menyokong semua jenis bas yang ada. Sama ada jenis terbaru PCI, AGP, ISA, EISA, VESA dan MCA.

Jumlah Memori

Bagi kebanyakan distribusi Linux yang menggunakan antara muka grafik (GUI), jumlah memori yang sesuai adalah sekitar 128MB. Jika jumlah memori kurang daripada itu, pemasangan secara “TEXT” adalah pilihan yang sesuai.

Mana-mana perisian akan bertambah baik dan cepat sekiranya komputer mempunyai  jumlah memori yang besar dan harga memori adalah murah. Untuk komputer tugasan pejabat dan rumah, jumlah memori 192MB ke atas adalah sesuai.

Cakera Liut

Linux mencapai cakera liut melalui BIOS komputer. Ini bermaksud mana-mana cakera liut adalah disokong oleh Linux.

Tetikus dan Papan kekunci

Tetikus adalah diperlukan dalam menggunakan X Window. Linux menyokong hampir semua jenis tetikus sama ada PS/2 dan tetikus USB. Linux menyokong semua jenis papan kekunci.

Kad SCSI

Sila pastikan distribusi yang dipilih menyokong kad SCSI pada komputer yang hendak dipasang. Perisian pemasangan akan cuba mengesan kehadiran kad SCSI dan menjalankan pacuan (driver) yang sesuai.

Pemacu CD-R/DVD-R/CD-RW

Distribusi Linux terkini didatangkan dengan CD atau DVD bootable. CD Pemasangan Linux boleh boot terus daripada CD untuk mendapatkan menu pemasangan. Komputer jenis lama (ibu papan Pentium Pro ke bawah), proses pemasangan memerlukan ia boot daripada disket. Gunakan utiliti DOS seperti rawrite atau rawritewin bagi GUI Windows untuk membuat boot disket.

Kad Rangkaian (NIC) dan Modem

Kebanyakan kad NIC boleh digunakan oleh Linux sama ada Ethernet ARCnet dan Token Ring. Yang selalu menjadi masalah adalah Winmodem. Winmodem adalah modem yang dibina khusus untuk Windows. Jika mahu menggunakan Linux dengan modem pastikan ia adalah external modem dan tidak dilabelkan hanya untuk Windows. Selalunya jika panduan disertakan sekali dengan sistem operasi lain selain Microsoft Windows, maka ia juga boleh digunakan oleh Linux.

Bagi sambungan kepada rangkaian setempat (LAN) sediakan nama host untuk komputer, nama domain rangkain, alamat IP atau pengunaan DHCP, alamat IP gateway dan alamat IP “name servers” (DNS).

Cakera Keras

Kebanyakan cakera keras IDE diterima pakai oleh Linux, selagi ia tidak memerlukan  pemacu (driver) tambahan. Bagi cakera keras SCSI, pemacu yang disesuaikan dengan Linux adalah diperlukan.  Pemasangan yang minimun memerlukan ruang sekitar 2.1 GB dan jumlah minimun yang sesuai adalah sekitar 5GB. Linux boleh dibina atas sebuah sebuah floopy sahaja.
Kad Paparan

Untuk menjalankan GUI dalam Linux, pastikan kad paparan diterima oleh Distribusi Linux. Pilihan yang tidak sesuai akan menyukarkan pemasangan sistem X Window. Sila rujuk laman distribusi yang dipilih. Dapatkan nama video “chipset” dan buat carian dalam laman distribusi atau laman Xfree86 http://www.xfree86.org/  , sama ada ia disokong oleh Xfree86, enjin kepada X Window dalam Linux.

Bagi paparan text, semua video kad adalah disokong.

Pencetak

Hampir semua pencetak disokong oleh Linux. Ada pencetak yang menggunakan API  Microsoft Windows secara terus. Kononnya untuk memudahkan plug and play tetapi di dalam hanyalah ROM yang boleh dibaca oleh Microsoft Windows sahaja. Pastikan pencetak itu diterima oleh semua jenis sistem operasi. Lawat laman http://www.linuxprinting.org/  untuk mencari pencetak yang sesuai.

Kad Bunyi

Hampir semua kad bunyi disokong oleh Linux.

LAIN-LAIN PEMILIHAN


Pilihan Distribusi

Distribusi yang selalu menjadi pilihan adalah Distribusi Mandrake, Suse, Fedora, Slakware, Debian dan Red Hat. Ada beratus distribusi dibangunkan yang boleh dirujuk di laman http://www.distrowatch.com/  .

Cara Pemasangan

Cara pemasangan yang biasa dijalankan adalah dengan menggunakan CD-ROM sama ada boot terus atau pun dengan disket. Distribusi Linux boleh dipasang melalui sistem rangkaian (ftp, nfs, samba dan http), cakera keras yang lain dan dengan penggunaan floopy sahaja.
Jenis Window Manager

Ada pelbagai jenis Window Manager untuk X Window dalam Linux. Yang biasa digunakan adalah Gnome dan KDE. Pengguna komputer boleh memasang sebanyak mana Window Manager yang disukai.

Langkah Awal Sebelum Pemasangan

(1) Pastikan data-data tentang perkakas komputer telah didapati. Senarai tepat jenis dan model setiap perkakas akan memudahkan pemasangan.

(2) Bagi pemasangan yang melibatkan Linux dipasang dengan Microsoft Windows, pastikan “Scandisk” dan “Defrag” telah dijalankan dalam Windows. Ini akan memudahkan pembahagian cakera keras. Bagi Mandrake pembahagian boleh dilakukan sewaktu membuat partition dalam pemasangan.

Pembahagian juga boleh dilakukan dengan menggunakan utiliti fips yang boleh didapati dalam CD pertama direktori “dosutils” bagi distribusi Red Hat dan Mandrake. Fips hanya boleh digunakan untuk sistem fail FAT yang digunakan oleh Windows95 dan 98. Fips akan membahagikan cakera keras kepada dua bahagian, bahagian Windows yang dikecilkan dan partition kosong untuk pemasangan Linux.

(3) Pastikan  disket boot yang sesuai telah disediakan jika ia diperlukan. Dengan menggunakan Windows, anda boleh mendapat tetingkap seperti dibawah ini bagi CD pertama Linux Mandrake.

Sediakan sebuah disket yang telah di format dan pilih “Install Mandrakelinux using floppy”. Pastikan pemilihan “Image” yang betul. Sebagai contohnya untuk disket boot  CD-ROM pilih didalam folder images fail cdrom.img.

Tekan butang Write untuk mula sediakan disket boot.

Ringkasan Pemasangan Linux Mandrake Versi 10


(1) Pastikan CD pertama sudah dimasukkan ke dalam pemacunya sebelum menjalankan komputer. Sila pastikan pemacu CD merupakan alatan “boot” yang pertama melalui “BIOS Setup”.

(2) Tekan “Enter” pada tetingkap yang pertama. Tetingkap ini mempunyai beberapa pilihan untuk pemasangan Mandrake. Menekan “Enter” adalah pilihan pemasangan melalui GUI. Untuk pemasangan menggunakan mod text, taip text dan tekan “enter”.

(3) Pilih “English (Amarican)” untuk pilihan bahasa.

(4) Buat pilihan “Accept” untuk persertujuan perlesenan.

(5) Untuk “Security Level” pilih Standard.

(6) Pada pilihan “Disk Partition” pastikan pilihan yang betul dibuat. Jika berkongsi dengan Windows buat pilihan secara manual. Partition Windows boleh dikecilkan melalui “Disk Druid”. Pastikan “Scandisk” dan “Defrag” telah dibuat pada partition Windows. Amaran tidak boleh berpatah balik selepas pilihan ini. Cakera keras akan diubah selepas pilihan ini.

(7) Pada pilihan pakej pemasangan, ia memberikan beberapa pilihan pakej pilihan secara default. Pilih berdasarkan kesesuaian tugas komputer. Work Station adalah untuk kerja-kerja melibatkan perisian pejabat, Games, Internet Station dan pelbagai. Untuk “Server” buat pilihan berdasarkan apa yang hendak digunakan. Email server, DNS, Web server dan pelbagai. Dalam pilihan “Server” kurangkan pilihan “Work Station”. Sesebuah komputer sepatutnya hanya mempunyai satu tugas sahaja sama ada sebagai “Work station” atau “Server”.

Untuk Dekstop (GUI) Pilih KDE atau Gnome. Untuk “Work Station” boleh pilih kedua-dua. Untuk “Server” tidak perlu ada GUI, melain bagi pengguna baru dan perlukan GUI pilih salah satu sahaja. Ini adalah untuk tujuan keselamatan.

(8) Setelah membuat pemilihan. Pemasangan akan dijalankan. Bergantung kepada perkakas komputer dan pilihan pakej ia akan mengambil masa 5 minit ke 1 jam dan mungkin lebih.

(9) Selesai pemasangan pakej perisian, pemasangan memerlukan kemasukan kata lepas pengguna root yang baru. Sila pilih kata lepas yang sesuai, susah diteka dan tiada berkaitan dengan diri atau orang tersayang. Nama pengguna root merupakan pengguna yang istimewa dalam sistem. Ia adalah “Super id” dan digunakan untuk pentadbiran sistem. Jaga ia dengan baik.

(10) Selepas itu masukkan pula nama pengguna lain. Pastikan ia digunakan untuk kemasukan dalam Linux. Jangan gunakan root.

(11) Pada pilihan pemasangan seterusnya. Tukar pilihan untuk “Country”, “Time Zone”, “Network” dan “GUI”. Pastikan semuanya sesuai. Jika ada masalah, amaran merah pada kotak tertentu akan ditayangkan. Sila buat pembetulan.

(12) Komputer perlu “reboot

Laman Linux Mandrake di http://www.linux-mandrake.com/

Ringkasan Pemasangan Fedora Core 1


(1) Tekan “Enter” untuk tetingkap pertama. Taip “text” dan “Enter” jika mahu pemasangan secara mod text.

(2) Pada tetingkap “Ujian CD” pilih skip jika tidak mahu membuat ujian ke atas CD pemasangan. Bagi baru memiliki CD tersebut, digalakkan untuk menjalankan ujian.

(3) Tekan “Next” untuk “Welcome Screen

(4) Pilih “English” untuk pilihan bahasa pemasangan.

(5) Pilih “US English” untuk “Keyboard Configuration”

(6) Pastikan pilihan tetikus betul. Jika “mouse” hanya ada 2 butang pastikan pilihan “Emulate 3 buttons”. Ini akan membantu dalam penggunaan X-Window.

(7) Pastikan pilihan “Monitor Configuration” adalah betul dan sesuai. Pilih yang sama atau berdekatan berdasarkan pengeluar monitor. Secara automatik “Horizontal Sync” dan “Vertical Sync” akan dimasukkan. Rujuk buku panduan pengeluar jika perlu untuk masukkan “setting” secara manual.

(8) Pemasangan mungkin mengutarakan pilihan “Upgrade” atau “Install”. Ini bermaksud, telah ada versi Fedora dipasang. Buat pilihan yang bersesuaian.
 
Pada pilihan jenis pemasangan, buat pilihan yang sesuai sama ada untuk Personal Desktop, Work Station, Server atau Custom. Agak berbeza sedikit dengan Linux Mandrake. Pilihan “Personal Desktop” adalah untuk pengguna di rumah manakala “Work Station” adalah untuk pengguna yang telah mahir untuk pembangunan dan pentadbiran sistem.

(9) Pada pilihan Disk Partition Setup pilih Automatic Partition. Jika berkongsi dengan partition Windows, pastikan pembahagian telah dibuat sama ada dengan FIPS atau “Partition Magic”. Tidak seperti Linux Mandrake, pembahagian ini perlu dibuat dahulu sebelum pemasangan. Ruang kosong yang telah disediakan akan digunakan.

(10) Pilih “Next” untuk pilihan “Boot Loader”. Grub akan digunakan dalam pilihan ini.

(11) Bagi pilihan pemasangan sistem rangkaian. Buat pilihan yang bersesuaian. IP bagi komputer mungkin perlu dimasukkan secara manual. Dapatkan ia daripada pentadbir sistem rangkaian.

(12) Pada pilihan Firewall, pilih mana yang sesuai. Jika ada sambungan di Internet dinasihatkan untuk memasang Firewall. Bagi yang memasang “Server” buat pilihan “service” apa yang digunakan. Ini membolehkan pengguna luar menggunakan kemudahan itu.

(13) Tambah pilihan bahasa jika perlu.

(14) Masukkan zon masa yang sesuai. Pilihan adalah Asia/Kuala Lumpur.

(15) Masukkan kata lepas untuk nama pengguna root. Peringatan kata pengguna root adalah nama pengguna utama dalam Linux. Gunakan nama pengguna biasa untuk semua perkara. Nama pengguna root dan kata lepasnya hanya diperlukan apabila membuat perubahan pada sistem.

(16) Pada pilihan pakej perisian, pastikan semua perisian yang ada telah dipilih. Jika mahu GUI, Pastikan KDE atau Gnome telah dipilih. Jika mahu membuat penambahan selain “Default Software” sila bulat pilihan “Customize”.

(17) Pada tetingkap kepastian, pilih Next. Pada tetingkap ini masih boleh membatalkan pemasangan tanpa ada perubahan pada komputer. Sila jawab

(18) Komputer perlu reboot selepas pemasangan.

(19) Ada sambungan pemasangan selepas “reboot” untuk kemasukan masa dan tarikh, nama pengguna biasa, ujian bunyi dan CD tambahan jika ada.

Laman Fedora di http://fedora.redhat.com/

Mendapatkan Pertolongan Di Internet


Forum-forum

http://www.ittutor.net/
http://www.mtusempoi.org/
http://www.mysig.org.my/

Kumpulan Diskusi Email

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99

Dapatkan CD Linux di http://www.iusahawan.com/

Nota ini adalah sebahagian daripada Nota Kursus Linux anjuran Pertubuhan Pakar ICT Malaysia (MYSIG) http://www.mysig.org.my/

Bagi mana-mana individu, organisasi dan syarikat yang berminat untuk mendapatkan latihan dan tunjuk ajar Linux dan Openoffice.org , boleh membuat pertanyaan kepada  Pertubuhan Pakar ICT Malaysia di laman http://www.mysig.org.my/ atau melalui telepon 603-40224854. MYSIG juga boleh dihubungi untuk susun atur nota yang lebih baik dan cantik dan terkini.

Mulakan langkah ke perisian sumber terbuka sekarang. Keterangan lanjut di
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/186

Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di

http://groups.yahoo.com/group/haris  atau email kepada
haris-subscribe@yahoogroups.com

Penulis boleh dihubungi melalui email

hafnie @ mtusempoi dot org

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
http://hafnie.blogspot.com/


v 1.1 27MAY04

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan

Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia

--- Iklan ---

Dapatkan SMS Yang Cool Dan Sempoi
http://smssempoi.iscool.net/

Dapatkan Email yang percuma sempoi dan cool di
http://emailsempoi.iscool.net/

--- Iklan ---

Sumber Rujukan

(1) Linux Documentation Project http://www.tldp.org/

(2) Offical Fedora Companion – Your Guide to the Fedora Project oleh Nick Petrely. RedHat Press, Wiley Publishing Inc.

(3) Red Hat Linux Networking and System Administration (2nd Edition) RedHat Press, Wiley Publishing Inc. http://www.wiley.com/