Make your own free website on Tripod.com

Linux : Lupa root Password

Laman ini di Internet : http://groups.yahoo.com/group/haris/message/192


Apa yang boleh dilakukan jika terlupa kata lepas untuk root? Linux perlu dibawa ke "Linux Single" atau dipanggil sebagai keadaan untuk penyelanggaraan (init 1). Dalam "Linux Single", Linux akan dibawa kepada keadaan yang paling minimun dimana pengguna akan diberikan shell dengan keupayaan root. Dengan keupayaan ini kata lepas untuk root boleh tukar.

Untuk ke "Linux Single", Linux perlu reboot sehingga mendapat menu pilihan boot loader.

Untuk Grub (Contoh distribusi RedHat dan Fedora)

  1. Sewaktu dalan skrin Grub, dalam pemilihan sistem operasi, tekan kunci e (untuk edit)
  2. Terdapat senarai pemilihan dan buat pilihan yang bermula dengan kernel. Taip e pada baris ini
  3. Pada hujung baris ini (hati-hati jangan terubah yang lain) taipkan linux single
  4. Tekan kunci enter untuk keluar daripada mod edit
  5. Selepas kembali ke menu Grub taip b untuk boot ke Linux Single

Untuk LILO (Contoh Distribusi Mandrake)

  1. Tekan kunci CTRL dan x untuk keluar daripada skrin grafik LILO dan mendapatkan prompt LILO boot:
  2. Taip linux single pada prompt LILO boot:
Selepas mendapatkan prompt shell jalankan arahan passwd root untuk tukarkan kata lepas root. Taip arahan shutdown -r untuk reboot Linux.

Sebagai langkah keselamatan

  1. Pastikan komputer berada di tempat yang selamat dan berkunci.
  2. Buat pilihan untuk sama ada untuk meletakkan kata lepas pada BIOS atau boot loader atau kedua-duanya. Pastikan kata lepas tidak dilupa. Jika perlu untuk direkod, pastikan kata lepas disimpan di dalam peti keselamatan.
  3. Buat "rescue disk" dan simpan di dalam peti simpanan keselamatan. Labelkan dengan nama komputer dan tarikh ia dibuat.

Amalkan langkah keselamatan yang baik untuk melindungi data dan maklumat di dalam komputer. Sebarang masalah sila rujuk di forum IT Malaysia di

http://www.ittutor.net/
http://www.mysig.org.my/
http://www.mtusempoi.org/

Panduan pemasangan distribusi Linux Mandrake dan Redhat Fedora
http://linuxmalaysia.tripod.com/nota/pasang-distribusi-linux.html

Harisfazillah Bin Jamel
linuxmalaysia
hafnie
V 1.0 29JUN2004

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2003
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

http://www.geocities.com/linuxmalaysia
http://hafnie.blogspot.com/