Make your own free website on Tripod.com

Linux : Di mana mahu bermula?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kembali ke laman asal

http://www.freewebs.com/linuxmalaysia/


Saya percaya ramai ahli Mysig dan juga pengunjung laman ini berminat untuk mengetahui dimana mahu bermula dengan Linux.

Sebagai mana Windows 95/98/ME/XP/NT/W2K, Unix adalah sebuah sistem operasi yang membantu pengguna dan applikasi mengendalikan pengguna perkakas komputer. Unix adalah sebuah sistem operasi yang matang yang mula dibangunkan sekitar tahun 1969. Lama sebelum wujudnya DOS pada PC. (Sekitar tahun 1981). http://www.bell-labs.com/history/unix/ Bagaikan orang yang sudah berpengalaman luas. Unix adalah sistem operasi yang stabil dan paling komplek meliputi pelbagai penyesuaian untuk pelbagai tujuan. Ia boleh melakukan pelbagai tugas, 24 jam kali 7 hari tanpa memerlukan ia shutdown apabila timbul masalah.

Dengan pelbagai vendor membangunkan Unix maka wujud pelbagai jenis Unix di pasaran. HP-UX daripada HP, Sun Solaris daripada Sun, AIX daripada IBM dan pelbagai lagi. Walaupun mempunyai ramai vendor, namun perbezaan masih tidak ketara. Perbezaan mungkin disebabkan oleh perbezaan perkakas yang digunakan, ciri-ciri tambahan dan cara pengendalian. Vendor-vendor Unix cuba mematuhi standard POSIX yang telah ditetapkan secara bersama. http://www.pasc.org/ Secara am, jika anda tahu satu jenis Unix maka anda boleh menggunakan Unix yang lain. Tiada perbezaan yang ketara.

Linux adalah klone Unix. Asalnya daripada perkembangan untuk mendapat Unix yang murah dan tidak dibelenggu dengan masalah hakcipta. Anda boleh merujuk sejarah saman antara Unix System Laboratories dan BSD pada tahun 1992. http://daemonz.org/bugs/history.html Maka pencipta Linux mula membina sebuah sistem operasi berdasarkan standard Unix POSIX. Asalnya Linus ingin membaiki sebuah lagi sistem operasi berasaskan unix, Minix (mini unix), namun pelbagai masalah timbul disebabkan kelemahan kod Minix, maka Linus telah menulis semula sistem operasi itu.

Pada akhir tahun 1991 lahirlah Linux. http://www.li.org/linuxhistory.php Dengan dibantu didalam Internet oleh jurutera komputer yang kebanyakannya juga adalah jurutera pembangunan Unix maka kernel Linux berkembang dengan baik dan cuba mematuhi standard Unix POSIX. Dengan disokong pula oleh pergerakan Open Source http://www.opensource.org/ maka pelbagai applikasi telah dibawa masuk ke dalam distribusi Linux. Distribusi (distrobution) adalah himpunan applikasi yang dikumpulkan disekitar kernel Linux. Perbezaan antara distribusi adalah cara pemasangan applikasi, jenis applikasi yang dipilih dan versi applikasi.

Perbezaan ini tidak mempengaruhi cara anda dengan Linux. Anda menguasai satu distribusi maka anda boleh telah mengusai Linux dan distribusi lain. Anda boleh melawat laman ini

http://www.distrowatch.com/

Untuk melihat dengan jelas perbezaan antara Distro. Kebanyakan applikasi dan distribusi Linux adalah dengan lesen General Public License. (GPL). Oleh kerana didalam GPL telah menyatakan pengguna hanya perlu membayar sebanyak $0.00 pada setiap penggunaan applikasi GPL, maka anda perlu membayar dengan harga itu. Pelik bukan $0.00. Tapi itulah harganya. Anda hanya mungkin dikenakan kos untuk pengendalian, pengedaran dan sokongan tetapi bukan harga applikasi GPL.

http://www.opensource.org/licenses/index.html

Anda boleh memdapatkan Linux dengan muat turun daripada laman setiap distro dengan mendapatkan fail ISO untuk anda burn CD.

http://linuxiso.org/

Jika perkara ini menyukarkan carilah dimana-mana kedai komputer dan jualan applikasi. Ia tidak menjadi kesalahan kerana Linux dan Applikasi GPL adalah dilesen dibawah hak umum, ia dimiliki oleh kita semua. Jika anda berminat sila lawat laman ini untuk tempahan secara online.


http://kedai.ittutor.net/

Setiap Distro Linux mempunyai panduan pemasangan didalam CDnya. Sepatutnya ia banyak membantu anda. Satu perkara anda perlu faham tentang penggunaan applikasi Open source, banyak bahan boleh didapati dengan banyak dan percuma di Internet. Anda hanya perlu berusaha mencarinya.

Laman yang paling penting adalah laman "The Linux Documentation Project di http://www.tldp.org/ .Bahan bacaan yang paling penting adalah HOWTO. HOWTO adalah panduan yang telah ditulis secara terperinci tetapi mudah difahami bertujuan untuk memudahkan pengguna baru Linux.

http://www.tldp.org/HOWTO/HOWTO-INDEX/howtos.html

Rujuk Installation-HOWTO

http://www.tldp.org/HOWTO/Installation-HOWTO/index.html


Jika anda menghadapi masalah anda boleh merujuk pelbagai forum di Internet untuk bertanyakan soalan antaranya

http://www.ittutor.net/
http://www.bincang.net/
http://www.mysig.org.my/

Senarai lain di

http://kempenit.iscool.net/

Setelah memasangnya tentunya anda mahu mencuba pelbagai perkara tentang Linux. Jika anda berminat untuk menggunakan GUI seperti Windows, sewaktu pemasangan anda sepatutnya telah memilih penggunaan X-windows dengan Desktop KDE.

Panduan penggunaan X-windows dan KDE.

http://www.kde.org/documentation/index.html


Bukan setakat KDE sahaja, malah pelbagai Window Managers wujud untuk mempelbagaikan pilihan kita

http://www.plig.org/xwinman/


Yang telah menjadi standard antara vendor Unix dan ada juga didalam Linux adalah GNOME.

http://www.gnome.org/


Anda boleh merujuk laman ini untuk melihat Linux sebagai pengganti Windows 2000

http://www.robval.com/linux/desktop/index.html


dan mengapa anda perlu menyokong usaha open source/free software.

http://www.dwheeler.com/oss_fs_why.html


Setakat ini sahaja, saya akan menyambung apa yang anda boleh lakukan selepas ini untuk meluaskan lagi penggunaan Linux anda dalam nota akan datang.

Wassalam. : )

-------------

Nota ini tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, tidak juga berkaitan dengan mana-mana laman dan kumpulan perbincangan dalam dan luar negeri dan tidak melibatkan mana-mana syarikat sama ada persendirian atau umum.

Ini adalah usaha peribadi saya sendiri. http://hafnie.tripod.com/ Maka dengan saya tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung akibat yang mungkin timbul secara langsung atau tidak langsung hasil daripada pembacaan nota ini. Ikuti ia dengan risiko anda sendiri. Pelepasan ini juga melibatkan tempat dimana anda membaca nota ini. Nota ini adalah usaha hantaran secara peribadi dimana-mana laman.

Harap maklum.

Harisfazillah Bin Jamel
http://harisfazillah.cjb.net/

Laman ini di Internet
http://www.geocities.com/kemsoit/linux/mula-linux.html dan
http://www.freewebs.com/linuxmalaysia/

Sokonglah usaha saya ini dengan melawat laman menaja :-