Latihan Dan Kursus Linux Oleh Linux Malaysia

Laman ini di Internet : https://linuxmalaysia.tripod.com/linux-training.html
http://www.geocities.com/linuxmalaysia/linux-training.html

[ Home ]
Projek Linux Malaysia oleh Harisfazillah Jamel adalah usaha untuk mengembangkan  Linux dan sumber terbuka (Open Source) di Malaysia melalui kursus dan latihan. Matlamat Linux Malaysia adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman diri sejak 1991 dalam Unix seperti HP-UX, SUN dan SVR4 dan sejak 1999 dengan Linux. Tenaga pengajar lain, dengan pengalaman yang luas dalam Linux, turut dijemput untuk mengendalikan kelas, kursus dan latihan. Dengan kelas, kursus dan latihan, ia diharap dapat merangsangkan lagi perkembangan Linux di Malaysia dengan lebih pesat dan maju.

Sama ada disedari atau tidak Linux dan sumber terbuka mula menjadi pilihan dalam pelbagai penyelesaian teknologi informasi dan komputer secara khusus di Malaysia. Perkembangan yang sihat ini memerlukan lebih lagi ramai tenaga pakar yang mahir dalam Linux. Pendedahan awal adalah perlu dalam menjadikan seseorang yang mahir dalam komputer turut mahir dalam Linux. Pengalaman didapati dengan sering menggunakan Linux dan penyelesaian masalah yang mungkin dihadapi sewaktu penggunaannya.

Tidak dilupa sistem operasi keluarga BSD yang turut dibangunkan dengan cara sumber terbuka. FreeBSD , OpenBSD dan NetBSD merupakan sistem operasi yang berasaskan Unix. Walaupun projek ini menumpukan latihan dan kursus terhadap distribusi Linux seperti Mandrake, Red Hat/Fedora, Suse, dan Slackware, dengan permintaan, sistem operasi keluarga BSD ini boleh diajarkan bersama. Untuk memudahkan pengajaran tumpuan adalah kepada FreeBSD yang lebih mesra pengguna berbanding BSD yang lain.

Untuk memudahkan cara pengendalian sila hubungan rakan-rakan saya yang berikut untuk pertanyaan mengenai kursus, kelas dan latihan.  Pengendalian kursus latihan dan kelas Projek Linux Malaysia akan dikendalikan oleh mereka. Jadual boleh juga dirujuk di http://www.geocities.com/linuxmalaysia .

Rakan Projek Linux Malaysia

(1) Sinets http://www.sinets.com/

Email : suria @ sinets dot com telepon : 012 - 3071708
- Kursus Linux di tempat pelanggan

(2) Spinx Technology Resources Sdn Bhd http://www.myoss.net/

Email : harfizi @ myoss dot net telepon : 019 - 2599577
Latihan Linux untuk kerajaan dan organisasi.

Untuk mendapatkan maklumat hubungan saya sila lawat laman http://www.geocities.com/linuxmalaysia/rundingcara-linux.html

Senarai Kursus

Antara latihan-latihan dan kursus-kursus yang dijalankan oleh projek ini

Kursus Asas dan Pemasangan Linux

Kursus selama dua hari ini meliputi asas pemasangan dan asas arahan yang perlu dalam mengendalikan distribusi Linux. Antara distribusi yang boleh dipilih untuk kursus ini adalah Red Hat/Fedora, Suse, Mandrake dan Slackware.

Isi Kandungan

Pengenalan kepada Linux
Pemasangan Linux
bergantung kepada pilihan distro sama ada Red Hat/Fedora, Suse, Mandrake dan Slackware
Sistem Fail Linux
Mengendalikan fail dan direktori
Penggunaan Antara muka grafik X-Window
Proses dan deamon (processes and services)
Konfigurasi rangkaian asas
Pemasangan pencetak
Arahan asas shell Bash
Asas keselamatan fail dan direktori
Pengendalian pengguna dan kumpulan
Asas script shell

Kursus Pentadbiran Linux

Kawalan Pengguna
Utiliti Pentadbiran Linux - Webmin
Konfigurasi Perkakas dan Alatan
Pengurusan Pakej Perisian
Apache Web Server

OpenSSH
Proxy Secara Asas Dengan Squid
Perkongsian Dengan Windows (SAMBA)
Tapisan Paket - Netfilter
Isu-isu keselamatan


Jumlah kursus akan sering ditambah. Sila rujuk laman ini sekerap mungkin atau sertai senarai terhad saya yang boleh dirujuk di http://www.geocities.com/linuxdotmy/rundingcara-linux.html

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie

04MAR2005
versi 1.0

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2005
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan

nick : hafnie dan linuxmalaysia

----- Iklan Diri Sendiri :)

Perlukan kursus latihan dan kelas Linux
https://linuxmalaysia.tripod.com/linux-training.html

Perlukan tenaga pakar perunding Linux untuk pemasangan
pelbagai penyelesaian Linux atau mahu berhubung terus

http://www.geocities.com/linuxdotmy/rundingcara-linux.html

Atau rakan niaga http://www.myoss.net/
dan http://www.sinets.com/

-----