Kenapa Linux ?



Artikel ini yang terbaru di

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_view_article.php?aid=11

Himpunan Artikel di
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_articles.php


Artikel ini saya tulis sebagai jawapan saya kepada soalan yang diajukan kepada saya. Kenapa saya menggunakan Linux?

Artikel ini adalah pandangan peribadi saya sendiri yang berdasarkan pengalaman saya menggunakan Linux. Artikel Linux yang lain boleh anda dapati di https://linuxmalaysia.tripod.com/

Diharapkan ia boleh dijadikan sebagai panduan asas untuk anda lebih mendalami Linux sebagai sistem operasi pilihan anda.

Sebelum itu, Linux adalah sebuah sistem operasi seperti mana sistem operasi Windows95, 98, 98SE, ME, NT, 2000 dan XP. Rujuk laman ini untuk keterangan lanjut.

http://www.linux.org/

Lesen Penggunaan Percuma

Sebab utama saya mula mencuba Linux dan kemudian terus menggunakannya disebabkan ia dilesenkan dibawah General Public Licenses atau GPL sebagai singkatan.

Linux dengan perlesenan GPL membolehkan ia digunakan dan disebarkan tanpa perlu membayar apa-apa lesen penggunaan dan pengedaran. Dengan pelesenan sebegini saya tidak perlu risau untuk memasang sebanyak mana Linux yang saya mahu atau menyalinkan ia untuk disebarkan kepada rakan-rakan saya yang lain.

Rujukan GPL boleh anda dapatkan disini

http://www.opensource.org/

Untuk bahasa Melayu anda boleh lihat disini

http://www.opensource.org/docs/osd-bahasamelayu.php

Distribusi Linux boleh dimuat turun dengan percuma dan anda juga boleh membeli CD Linux daripada mana-mana pihak yang menyediakan CD-CD ini. Antaranya

http://kedai.ittutor.net/

http://www.linuxiso.org/

Malah kita juga boleh mendapatkan sokongan perkhidmatan jika kita mahukannya melalui syarikat-syarikat yang dilantik sebagai pengedar rasmi sesebuah distribusi Linux.

Sistem Operasi Matang

Linux adalah sistem operasi yang stabil, laju, penggunaan sumber komputer yang cemerlang dan mudah untuk diolah mengikut kehendak kita.

Jika anda pengguna Unix, sebuah lagi sistem operasi yang stabil dan sudah lama wujud dan matang. Linux adalah "clone" atau kembar kepada Unix. Linux mengikut standard dan piawai POSIX dan pelbagai lagi standard Unix dalam pembangunannya.

Pasukan pembangunan Linux terdiri daripada pelbagai golongan pembangunan sistem yang berpengalaman. Mereka memberikan sumbangan dalam pembangunan secara sukarela dalam menghasilkan kernel sistem operasi yang terbaik.

Oleh kerana Linux tidak dikuasai oleh mana-mana syarikat atau bermaksud untuk keuntungan. Para pembangunan Linux lebih berminat untuk membina Linux supaya ia piawai dengan standard dalam setiap pembangunannya.

Dengan mematuhi standard dan piawaian, ia menjadikan Linux boleh  diterima pakai dalam banyak perkara tanpa banyak masalah malah boleh dikatakan setiap penyelesaian Linux tidak mendatang banyak masalah berbanding dengan sistem operasi lain.

Kematangan sistem operasi juga maksud ia adalah sistem operasi yang stabil dan boleh dipercayai. Adalah tidak menghairankan anda boleh melihat pelbagai laporan tentang Linux yang dijalankan selama setahun tanpa timbul masalah ia perlu "reboot".

Perisian Yang Setanding

Harga yang percuma sahaja tidak cukup untuk meyakinkan saya.

Distribusi Linux didatangkan dengan pelbagai perisian sumber terbuka daripada peringkat "server" sehinggalah komputer peribadi.

Perisian seperti Apache untuk "web server", Postfix dan Sendmail untuk "Email server", SAMBA dan NFS untuk  pengkongsian fail di dalam rangkaian, BIND untuk kemudahan DNS, DHCP, VPN dan pelbagai lagi kemudahan "server".

Untuk komputer peribadi dan "desktop", Linux mempunyai "Windows" atau GUI ia sendiri yang dipanggil X-Windows. Dengan X-Windows anda akan dapat melayari internet dengan Mozilla, membaca email dan membuat muka laman dengan Mozilla

http://www.mozilla.org/

Anda jangan terkejut distribusi Linux juga didatangkan dengan perisian kemudahan pejabat setanding dengan Microsoft Office yang dipanggil Open Office

http://www.openoffice.org/ .

Selain Linux, Open Office juga dibina untuk Microsoft Windows 95,98,ME,2000 dan XP.

Pelbagai kemudahan "desktop" disediakan, malah keperluan anda boleh diselesaikan dan disesuaikan  dengan pelbagai pilihan perisian.

Di dalam Distribusi Linux Mandrake 9.0 sahaja, anda boleh mendapatkan lebih daripada 2500 perisian untuk "server" dan "Desktop" anda.

Jika kita letakkan semua perisian yang disediakan oleh distribusi Linux dan perisian oleh sistem operasi berbayar, kita akan dapati apa yang disediakan oleh sistem operasi berbayar turut disediakan oleh distribusi Linux. Yang membezakan antara keduanya adalah dalam distribusi Linux semuanya adalah berlesenkan lesen penggunaan percuma.

Sokongan Syarikat Besar Dan Utama

Syarikat-syarikat besar dan ternama di dalam dunia ICT juga menunjukkan minat dan sokongan yang padu terhadap Linux.

IBM dengan pengalaman yang luas di dalam bidang "Mainframe" dan Unix memberikan sokongan yang padu kepada Linux.

http://www.ibm.com/linux

Malah rangkaian organisasinya mempunyai cabang khusus untuk Linux di peringkat ibu pejabat dan kawasan Asia Tenggara.

IBM telah banyak melaburkan dengan banyak untuk Linux. Dengan sokongan ratusan kakitangan mereka di dalam komuniti sumber terbuka, IBM menyediakan dan berkongsi pengalaman teknologi dan perniagaan dala  membantu Linux mencapai standard dan piawai yang tinggi agar ia boleh menyokong perisian skala besar seperti perbankan, transaksi nyata maya dan pelbagai lagi yang memerlukan penggunaan sumber komputer yang besar dan banyak.

HP dan SUN juga telah menunjukkan minat dan penumpuan yang mendalam terhadap Linux. Dengan pengalaman meluas mereka dengan Unix, ia membantu komuniti pembangunan Linux menghasilkan sistem operasi yang lebih baik malah sama taraf dengan Unix, yang kita boleh dapati dengan percuma dan dengan perkakas yang jauh lebih murah.

http://linux.hp.com/
http://opensource.hp.com/
http://wwws.sun.com/software/linux/

Dengan sokongan syarikat-syarikat besar ini, ia menyakin saya Linux akan terus berkembang dan saya yakin i  mampu bersaing dan duduk sama tinggi dengan abangnya, Unix.

Yang istimewa, kita mendapatkan semua ini dengan lesen penggunaan percuma.

Linux Adalah Sumber Terbuka

Kod-kod kernel Linux boleh anda dapati untuk dilihat dan dikaji oleh mana-mana pihak. Malah dengan prinsip sumber terbuka, kod-kod kernel Linux boleh diubah mengikut kehendak sistem anda.

http://www.kernel.org/

Malah dengan cara ini sebarang masalah yang timbul boleh dikesan daripada awal oleh pelbagai pihak yang mahir di dalam bidang masing-masing. Dengan ini kernel Linux dapat dibaiki malah ia lebih cepat lagi berbanding dengan sistem operasi yang lain.

Ini yang menjadi kepentingan kepada saya. Saya yakin bahawa masalah yang timbul daripada penggunaan Linux, akan dikesan dan dibaiki. Melalui laman kernel Linux, sebarang bug atau masalah dapat diketahui dan saya dapat menggunakan penyelesaian sementara yang telah disediakan.

Ini tidak sahaja kepada kernel Linux. Malah perisian-perisian lain didalam distribusi ini pun turut mengamalkan sumber terbuka. Bug dan masalah dapat diatasi dengan cepat.

Dengan perkembangan perkakas komputer. Sesiapa sahaja boleh menulis "driver" baru untuk perkakas itu tanpa perlu menunggu pembangun kernel Linux melakukannya. Dengan mengetahui kod asal kernel Linux, para pembina perkakas komputer dapat menyediakan "driver" yang sesuai dan stabil dengan kernel Linux.

Menggunakan Linux juga adalah tanda sokongan saya kepada perisian sumber terbuka. Saya percaya dengan menghasilkan perisian sebegini (PST atau OSS), kita boleh perkembangkan ilmu komputer dan Internet kepada ramai pihak tanpa sekatan lesen dan politik. Kita boleh belajar dengan orang lain sama ada dengan melihat kod-kod perisian atau bersama-sama menyumbang di dalam projek sumber terbuka.

Penggunaan Perkakas Yang Minimum

Dengan Linux, saya boleh menggunakan perkakas-perkakas komputer yang lama untuk menjalankan beberapa tugasan penting.

Sebagai contohnya, "Server" lama yang dijalankan oleh Chip Pentium, saya gunakan untuk penyelesaian DNS dan SAMBA bagi membolehkan beribu-ribu komputer mendapatkan laman intranet dan email.

Anda mungkin tidak dapat menjalankan sitem operasi lain dalam "server" lama seperti yang Linux dapat lakukan. Komputer lama dengan chip 486 dan 386 boleh dijadikan "Firewall" dan router.

http://www.linuxrouter.org/

Ini yang saya lakukan dalam menyakinkan Linux kepada orang lain. Jika Linux dapat melakukan pelbagai tugas "server" dalam perkakas yang orang sudah hendak buang, bayangkan kemampuannya jika ia dijalankan dengan perkakas terkini. Tentu ia lebih baik daripada sebarang sistem operasi yang perlukan perkakas terkini dan mahal supaya ia boleh djalankan dengan baik.

Linux Adalah Sistem Operasi Rangkaian

Dengan perkembangan Internet dan sistem rangkaian, kita mahukan satu sistem operasi yang mampu menjalankan kerja-kerja rangkaian dengan baik dan stabil.

http://www.tldp.org/LDP/nag2/

Linux dibangunkan atas dasar ini. Oleh kerana para pembangun kernel Linux dipisahkan dengan jarak dan zon masa. Para pembangun kernel Linux memastikan, sistem operasi yang mereka bangunkan mendapat perhatian khas daripada segi penggunaannya di Internet dan sistem rangkaian.

Pelbagai perisian rangkaian dan Internet dibangunkan bersama Linux. Mana-mana distribusi Linux boleh menjadi "Server" yang baik dan mampu memberikan anda keputusan yang anda mahukan.

Keselamatan

Linux adalah diantara sistem operasi yang "SELAMAT" untuk digunakan. Oleh kerana ia dibina melalui Internet maka penekanan banyak diberikan dalam memastikan ia tidak mudah untuk dicerobohi.

Wujudnya perisian seperti tcp-wrapper dan Ipfilter yang memastikan kita boleh menentukan apa yang keluar masuk dalam Linux kita melalui sistem rangkaian.

Malah telah wujud pelbagai perisian pembantu yang membantu kita dalam menggunakan perisian yang disebutkan tadi. Bastille Firewall sebgai contohnya, membantu kita memastikan kita mematuhi taraf keselamatan yang dikehendaki dengan hanya menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Shorewall adalah "firewall" yang membantu kita mewujudkan sistem "firewall" dalam Linux itu sendiri. Boleh saya katakan. Linux dengan Ipfilter bersama Bastille dan Shorewall boleh menjadi "firewall" yang sukar dicerobohi.

Malah rangkaian pergerakan sumber terbuka akan memastikan sebarang masalah keselamatan yang timbul akibat bug perisian akan dibaiki secepat mungkin.

Rangkaian Sokongan Linux

Anda boleh mendapatkan sokongan untuk masalah Linux anda di Internet. Pelbagai kumpulan dan laman wujud di Internet khusus untuk membantu anda dalam mencari jawapan dan masalah Linux anda.

Bagi kita di Malaysia pelbagai laman diskusi komputer dan Internet wujud untuk anda bertanyakan masalah Linux anda. Antaranya

http://www.mtusempoi.org/
http://www.ittutor.net/

Laman-laman lain boleh anda rujuk melalui

http://www.geocities.com/linuxmalaysia dan

Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia

http://kemsoit.cjb.net/

Malah setiap distribusi Linux utama seperti RedHat, Mandrake dan Suse menyediakan kemudahan sokongan kepada mereka yang membeli CD Linux daripada mereka.

Jika anda inginkan sokongan melalui vendor, anda boleh dapatkan sokongan melalui vendor utama seperti IBM, HP dan SUN. Vendor-vendor ini menyokong Linux dan mempunyai sokongan bagi syarikat yang berminat untuk mendapatkan jaminan sokongan daripada vendor-vendor besar.

Rujukan Lain

Perkembangan terkini Linux di
http://www.linux.com/

Why Open Source Software / Free Software (OSS/FS)?
Look At The Numbers
http://www.dwheeler.com/oss_fs_why.html

Why Linux? (Dokumen lama sebagai bandingan)
http://www.seul.org/docs/whylinux.html (lama)
http://pel.cs.byu.edu/~alen/computers/Linux/WhyLinux/ (baru)

SIG Linux - Pertubuhan Pakar ICT Malaysia
http://www.mysig.org.my/

Linux Malaysia
http://linuxmalaysia.cjb.net/
http://linuxmalaysia.isCool.net/

Saya dan Linux
http://www.geocities.com/lovhafnie/blinux.html

Lain-lain nota
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/

Penutup

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mencuba Linux. Minat kerajaan kepada Linux juga semakin meningkat.

Kini ramai pihak kian sedar dengan menggunakan Linux kita dapat megurangkan kos perlesenan, kita tidak terikat dengan sesebuah syarikat atau penyelesaian, kita menyokong usaha pembangunan sebaik pergerakan sumber terbuka, kita hentikan monopoli kerana dalam sumber terbuka, semuanya adalah hak umum.

Malah anda tidak rugi apa-apa untuk mencuba. Saya sudah mencuba dan terus menggunakannya, mengapa anda tidak?

Linux adalah sistem operasi masa hadapan.

Wassalam.

Harisfazillah Jamel
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
http://harisfazillah.cjb.net/




Laman  ini  Di  Internet

http://www.geocities.com/linuxmalaysia/kenapalinux.html
https://linuxmalaysia.tripod.com/kenapalinux.html
http://www.freewebs.com/linuxmalaysia/linuxmalaysia.html

Kembali Ke Laman Utama

---