CD Demo Linux

Anda mendengar tentang Linux, anda membaca tentang Linux dalam laman Linux Malaysia ini dan anda masih belum pasti sama ada mahu menggunakan Linux ataupun tidak. Sebelum anda membuat keputusan, anda perlu melihat sendiri bagaimana Linux dan Desktop KDE dan GNOME.

Mungkin anda tidak percaya. Sebuah sistem operasi boleh dijalankan daripada CD. Ia bukan setakat mengandungi kernel sistem operasi malah antara muka grafik (GUI) dan beberapa perisian utama seperti OpenOffice (Penyelesaian lesen percuma untuk Microsoft Office) dan GIMP (Juga perisian percuma).  Rujuk http://altersoft.iscool.net/ .
 
Beberapa distribusi Linux dibina agar ia boleh dijalankan hanya daripada CD. Ia bertujuan untuk memudahkan Linux ditunjukkan sebagai demo, tanpa perlu memasang ia dalam komputer atau pun cakera keras.
 
Ia juga untuk mereka yang mahu mengunakan Linux walau dimana pun berada tetapi masih perlu mengekalkan kandungan cakera keras dengan sistem operasi asal.
 
Jalankan Linux daripada CD dan buat demo. Apabila selesai hanya perlu padamkan komputer. Ia juga menjimatkan masa daripada segi  pemasangan. Sistem operasi anda ini boleh dibawa ke mana-mana, cari komputer yang serasi dengannya dan mempunyai memori yang sesuai (dicadangkan dengan memori sekurangnya 128MB). Pastikan CD mempunyai kelajuan yang tinggi. (Kalau tidak jemu menunggu).
 
Masukkan CD. Pastikan BIOS komputer telah diubah agar CD akan dicari dahulu sewaktu "boot" dan anda terus mendapat sistem operasi anda.
 
Mudah bukan?
 
Disini saya cadangkan 3 distribusi yang boleh anda cuba dan dapatkan untuk membuat demo.
 
Anda perlu melawat setiap laman distribusi untuk melihat perisian-perisian yang disertakan dalam distribusi tersebut.
 
Dynebolic - The Instant Bootable GNU/Linux CD
http://www.dynebolic.org/
 
Knoppix - Live Linux Filesystem On CD
http://www.knopper.net/knoppix/index-en.html
 
DemoLinux
http://www.demolinux.org/en/index.html
 
Semua distribusi ini boleh anda dapati dengan muat turun fail ISO (fail untuk "burn" pada CD) daripada laman distribusi diatas. Muat turun fail ISO dan gunakan "CD Writer" untuk membuat CD distribusi tersebut.
 
Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan CD ini sendiri melalui Internet. Sila lawat laman penjualan CD-CD Linux ini.
 
http://www.iusahawan.com/ (http://kedai.ittutor.net/)
 
Tidak mahal, sekitar RM5 satu CD berbandingkan dengan bayaran sambungan Internet dan masa yang perlu ditunggu untuk mendapat fail ISO dan membakarnya kepada CD-R.

Dicadangkan juga anda mengikuti bengkel pengenalan Linux dan juga kursus Linux. Sila tujuk sambung bengkel dalam laman Linux Malaysia ini.

Moga ini menimbulkan minat anda untuk menggunakan Linux. Sistem operasi masa hadapan.

Harisfazillah Jamel.

[ Kembali Ke Laman Utama ]
[ Bengkel Linux ]
[ Sertai Linux Malaysia Di MSN ]
Pilih "Joint Now"


Laman ini di Internet https://linuxmalaysia.tripod.com/demolinux.html

---