Bengkel Setengah Hari RedHat Linux Kali Ke 2


Selepas berjaya menjalankan bengkel Linux yang pertama, bengkel diteruskan lagi. Ini melihat bengkel yang pertama sila lawat laman ini Bengkel Linux Yang Pertama.

Dibawah ini adalah maklumat untuk bengkel Linux yang ke dua.

Kembali Ke Bengkel Linux

Kembali Ke Linux Malaysia

Jadual Bengkel Linux Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk kali kedua akan jalankan Bengkel setengah hari pemasangan RedHat Linux 8.0. Ada 2 sesi yang boleh anda pilih, sebelah pagi (9.30pagi-12.30) dan sebelah petang (2.30pm-5.30pm).

Tarikh : 9 Mar 2003 (Ahad)
Tempat Makmal Meteor, Serdang Raya


Sambungan pendaftaran :
http://www.mysig.org.my/schedule/schedule_archive.asp

Kandungan bengkel :-

- Penerangan tentang pemasangan
- Pratikal oleh peserta bengkel
- Perbincangan ringkas perisian dalam RedHat

Tempat ini terhad 10 orang satu sesi sahaja.

Bengkel ini untuk pengguna Linux yang masih baru dengan Linux atau baru hendak cuba-cuba. Tidak pernah pasang atau masih kabur tentang pemasangan. makmal dan komputer yang ada untuk kita mencuba pemasangan.

Masih tidak banyak makmal komputer yang tuan punyanya sanggup komputer dalam makmal kena format dan dipasang dengan Linux. Makmal di Serdang ini sahajalah nampaknya yang boleh kita buat sedemikian. Diharapkan ada tuan punya makmal komputer yang lebih besar sanggup berikan kita peluang untuk format PC mereka untuk Linux.

Sedikit penjelasan

Bengkel separuh hari pemasangan RedHat Linux ini adalah usaha peminat-peminat Linux untuk memperkenalkan Linux. Dengan bantuan MYSIG melalui program Outreach mereka, MYSIG akan tolong dapatkan makmal dan juga menolong dalam soal pengurusan. Ini adalah projek kerjasama. Terima kasih kepada MYSIG kerana memberikan sokongan dan bantuan. http://www.mysig.org.my/

Ini adalah alamat Makmal yang didapatkan oleh MYSIG.

Meteor Technology Sdn. Bhd.
C1-02-35, Jalan SR 1/9
Sek 9, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan
Selangor.


Peta dan penerangan

http://www.mysig.org.my/news/announcement.asp?id=63
http://photos.groups.yahoo.com/group/dunia-digital/lst
http://www.mysig.org.my/album/album.asp?id=21



Bagi orang lama sudah biasa dengan Linux, anda juga dijemput hadir. Boleh membantu untuk menjawab soalan-soalan daripada orang baru. Tiada perlu bayar apa-apa.

Bagi yang ikuti bengkel, bayaran RM20 hanya untuk sewa makmal dan nota. jadi, sila makan dahulu, bawa buku nota anda dan CD Redhat 8.0.

Sila daftar dan panduan membuat pembayaran disini.

http://www.mysig.org.my/schedule/schedule_archive.asp

Sesi Pagi
http://www.mysig.org.my/schedule/schedule.asp?id=68

Sesi Petang
http://www.mysig.org.my/schedule/schedule.asp?id=69

MYSIG akan uruskan soal penerimaan bayaran dan urusan penyewaan makmal.

Sila bawa CD Redhat Linux 8.0. Saya mungkin tidak mampu untuk "burn" banyak. Dalam 2 3 set sahaja. Jika setiap yang datang belajar dapat bawa CD Redhat Linux 8.0 sudah cukup membantu.

(Anda boleh dapatkan CD Linux melalui Pos di  http://www.iusahawan.com/ (yang juga http://kedai.ituttor.net/)

Hati-hati jika beli di Kedai. Periksa bahawa setiap CD boleh digunakan. Boot dengan CD 1, anda akan mendapat menu ujian CD. Ikut arahannya.

Setakat ini sahaja. sebarang masalah sila hubungi saya melalui email linuxmalaysia@yahoo.comXX (buang XX untuk mendapatkan alamat benar) atau anda boleh suarakan ia di dalam perbincangan berikut

http://www.komuniti.net/v1/showthread.php?s=&threadid=4030
(http://www.komuniti.net/ - Bilik Komuniti Software Dan OS).

http://ittutor.net/forum/phpBB2/viewtopic.php?t=6884
(http://www.ittutor.net/ - Bilik Sistem Operasi)

http://bincang.net/forum/showthread.php?s=&threadid=29386
(http://www.bincang.net/ - Bincang OS dan Software)

Wassalam.

: )

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/linuxmalaysia