Make your own free website on Tripod.com

Bengkel Setengah Hari Pemasangan RedHat Linux Kali Pertama


Ini adalah bengkel Linux yang pertama, bengkel sentiasa diteruskan untuk peminat-peminat Linux. Maklumat bengkel yang lain boleh anda dapati daripada "Kembali Ke Bengkel Linux".

Dibawah ini adalah maklumat untuk bengkel Linux yang ke pertama pada 9 Feb 2003 (Ahad). Bengkel ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti peminat Linux di Malaysia.

Kembali Ke Bengkel Linux

Kembali Ke Linux Malaysia

Jadual Bengkel Linux Malaysia



Assalamualaikum,

Nampaknya bengkel setengah hari Pemasangan RedHat Linux mendapat sambutan. Hampir 30 orang telah mendaftar.

Ini menimbulkan masalah pula. Makmal itu hanya boleh setakat 15 komputer. Haris tidak fikir ia mampu muat lebih 20 orang.

Jadi pendaftaran Haris akan tutup setakat 30 orang sahaja.

Setakat ini cadangan bengkel hanya untuk sebelah petang. 9 Feb 2003 Sesi antara pukul 2 petang sehingga   petang.

Nampaknya bengkel ini tidak mampu menampung permintaan yang ada. Haris minta maaf.

Haris masih dalam perbincangan untuk buka sesi pagi juga. Tiada janji apa-apa lagi, sehingga dapat kepastian. Yang ada sekarang adalah sesi petang.

Jadi beginilah.

Oleh kerana sudah ramai jadi Haris perlukan jaminan yang sudah berikan nama dan daftarkan diri memang datang.

Pada mulanya Haris ingin dahulukan soal sewa makmal itu. Tapi dalam keadaan begini Haris perlu buat siapa bayar dahulu dia yang dapat sertai bengkel. Maaf pening kepala juga hendak pastikan yang datang memang datang. Ini sahaja caranya.

Sila buat bayaran seperti dinyatakan di laman MYSIG http://www.mysig.org.my/ -> Jadual Latihan -> Bengkel pemaasangan RedHat Linux -> Terperinci.

RM 10 sahaja. Kos bayaran makmal sahaja. Lepas bayar sila telepon MYSIG.

(Jangan salah kursus pula. Ada kursus 2 hari. Yang itu anjuran MYSIG)

Bengkel ini untuk pengguna Linux yang masih baru dengan Linux atau baru hendak cuba-cuba. Tidak pernah pasang atau masih kabur tentang pemasangan. makmal dan komputer yang ada untuk kita mencuba pemasangan.

Haris masih tidak mendapat makmal komputer yang tuan punyanya sanggup komputer dalam makmal kena format dan dipasang dengan Linux. Makmal di Serdang ini sahajalah nampaknya yang boleh kita buat sedemikian. Diharapkan ada tuan punya makmal komputer yang lebih besar sanggup berikan kita peluang untuk format PC mereka untuk Linux.

Haris ingin buat penjelasan.

Bengkel separuh hari pemasangan RedHat Linux ini adalah usaha peminat-peminat Linux untuk memperkenalkan Linux. Dengan bantuan MYSIG melalui program Outreach mereka, MYSIG akan tolong dapatkan makmal dan juga menolong dalam soal pengurusan. Ini adalah projek kerjasama. Terima kasih kepada MYSIG kerana memberikan sokongan dan bantuan.

Ini adalah usaha pertama Haris. Jika ada kekurangan dan kelemahan diharapkan dapat diberikan teguran.Diharapkan ia juga bukan setakat usaha Haris seorang sahaja. Mungkin orang-orang lama Linux boleh buat sebegini. Anda boleh minta bantuan MYSIG untuk dapatkan makmal dan juga pengurusan.

Ini adalah alamat Makmal yang didapatkan untuk kita.

Meteor Technology Sdn. Bhd.
C1-02-35, Jalan SR 1/9
Sek 9, Taman Serdang Jaya,
43300 Seri Kembangan
Selangor.


Peta Haris akan download di semua tempat. Bincang.net, MYSIG dan juga ITtutor.

Untuk sampai ke Taman Serdang Jaya, jalan paling senang adalah kita tuju ke MIMOS atau ASTRO. Daripada 2 tempat ini dalam 5 minit sudah sampai Taman Serdang Jaya.

Masalah adalah simpang di situ agak mengelirukan bagi yang tidak biasa.

Sila rujuk peta

Jika daripada Kuala Lumpur hala ke Tol Sungai Besi untuk ke Seremban. (Highway PLUS) Sebaik sahaja sampai ke simpang masuk ke MINES (SEBELUM Hotel MINT). Dalam peta no 1. Masuk simpang tu.  Sudah tentunya sebelah kiri anda.

Ikut jalan tu sampai ke bulatan Kelab lumba kuda buat U turn balik (Dalam peta no 2) mengarah ke ASTRO dan MIMOS.

Hati-hati disini, JANGAN TERMASUK simpang di NO 3. Ini akan membawa anda ke hotel Mint. Terus sahaja melintas jambatan (bawah highway PLUS) sehingga sampai ke simpang No 4. Masuk ke kiri. sebelah kiri anda ada tasik.

Rapat ke kanan kerana ada lampu Isyarat ke Taman Serdang Jaya. Di simpang lampu isyarat no 5 ini masuk KANAN dan ikut sahaja jalan itu sehingga jumpa stesen minyak BP (sebelah kiri). (Jika tidak jem dalam 2 3 minit aje).
 Masuk ikut lorong Stesen Minyak BP ini (No 6). Ada deretan kedai-kedai. Makmal Meteor bersebelahan dengan Pasaraya "Suresave" dengan sign-board warna merah, dihujung deretan rumah kedai.

Anda akan nampak Bank Rakyat Taman Serdang Jaya dalam deretan rumah kedai ini.

Bagi yang datang daripada Bangi, Kajang dan Selatan. Daripada Tol Sungai Besi, lebih kurang sebelum Hote  Mint (Hotel akan berada sebelah kanan anda), anda simpang masuk ke kiri (No 7). Sewaktu anda masuk ke kiri anda boleh nampak tasik. Ikut sahaja jalan tu sehingga sampai ke simpang lampu Isyarat no 5.

Hati-hati terlepas simpang sebelum tasik tu, anda perlu patah balik yang kiranya agak jauh juga dan terpaksa ikut simpang dalam peta No 1.



Bagi orang lama sudah biasa dengan Linux, anda juga dijemput hadir. Boleh bantu Haris untuk jawab soalan-soalan daripada orang baru. Tiada perlu bayar apa-apa.

bagi yang ikuti bengkel, bayaran RM10 hanya untuk sewa makmal jadi, sila makan dahulu, bawa buku nota anda dan CD Redhat 8.0

Permintaan saya, sila bawa CD Redhat Linux 8.0. Saya mungkin tidak mampu untuk "burn" banyak. Dalam 2 3 set sahaja. Jika setiap yang datang belajar dapat bawa CD Redhat Linux 8.0 sudah cukup membantu.

(Anda boleh dapatkan CD Linux melalui Pos di http://kedai.ittutor.net/ )

Hati-hati jika beli di Kedai. Periksa bahawa setiap CD boleh digunakan. Boot dengan CD 1, anda akan mendapat menu ujian CD. Ikut arahannya.

Setakat ini sahaja. sebarang masalah sila hubungi saya di 013-3776097.

Wassalam.

: )

Harisfazilllah Jamel