Mengapa Belajar Linux ?

Kerana Linux adalah sistem operasi masa hadapan.

Bagi kita pengguna komputer dan Internet Malaysia mempelajari Linux adalah peluang untuk mendapatkan sistem operasi yang murah dan stabil. Kebanyakan perisian yang didatangkan dengan distribusi Linux adalah percuma untuk digunakan. Bayaran yang dikenakan hanyalah bayaran mendapatkan CD-CD Linux.

Linux didatangkan dengan lesen penggunaan yang percuma. Ia juga memberikan kebebasan kepada pengguna komputer untuk menyalin, menyebar dan mengedarkan Linux kepada sesiapa tanpa perlu membayar lesen penggunaan. Kod-kod asal Linux juga boleh dilihat, diubah dan disebarkan. Inilah "Open Source" atau perisian sumber terbuka.

Pelbagai perisian sumber terbuka yang anda boleh dapati setanding dengan perisian yang perlu anda beli dengan harga yang mahal.

Hentikan amalan membeli cetak rompak kerana anda  hanya menggalakkan pelbagai kegiatan jenayah.

Gantikan perisian yang anda mahukan dengan perisian yang setanding. Antaranya Openoffice untuk gantikan MS Office, Mozilla untuk gantikan IE dan Distribusi Linux dengan lebih daripada 5000 perisian untuk gantikan sistem operasi anda.

Langkah-langkah untuk mempelajari dan mengguna Linux

Sebelum anda mahu belajar tentang Linux, beberapa artikel yang menarik boleh anda dapati di Laman Linux Malaysia  http://www.geocities.com/linuxmalaysia .

Dapatkan CD-CD distribusi Linux sama ada secara percuma daripada http://malaysia.freelinuxcd.org/ (Mungkin mengambil masa bergantung kepada stok dan tabung kewangan). Anda juga boleh mendapatkan CD Distribusi Linux yang terbaru dan penghantaran segera daripada http://www.iusahawan.com/ .

Distribusi yang dicadangkan untuk pengguna yang baru hendak mencuba adalah Distribusi Mandrake atau RedHat.

Anda boleh mencuba pemasangan sendiri. Distribusi Linux boleh dipasang dalam satu PC bersama dengan sistem operasi yang lain. Panduan mengenainya boleh anda dapati di laman setiap distribusi. Bagi RedHat anda boleh dapati di http://www.redhat.com/ dan Mandrake di http://www.mandrake.com/ . Bagi Mandrake Toturial boleh didapati di dalam CD yang pertama dibawah direktori Tutorial. Sebagai contoh disini http://public.ftp.planetmirror.com/pub/mandrake/9.0/i586/tutorial/index.html .

Cara yang terbaik untuk belajar adalah dengan menghadiri bengkel dan kelas. Bengkel setengah hari pemasangan RedHat Linux diadakan setiap bulan oleh peminat-peminat Linux Malaysia. Ia adalah usaha kerjasama dengan Pertubuhan Pakar ICT Malaysia (MYSIG) melalui "Program Outreach". Dengan kerjasama ini, urusan mendapatkan makmal dan pendaftaran diuruskan oleh MYSIG.

Bagi anda yang mahu mengenali Linux dengan Lebih dekat, mahu cuba memasangnya, bengkel ini adalah sesuai untuk anda. Jadual bengkel yang terbaru boleh anda dapati di laman MYSIG http://www.mysig.org.my/ Lihat Jadual Latihan.

Bayaran yang dikenakan hanyalah bayaran kos kerana ini usaha sukarela. Bagi pengguna Linux atau orang lama anda turut dijemput untuk hadir membantu. (tidak perlu sertai kelas dan membayar).

MYSIG juga turut mengadakan kursus Linuxi. Kursus 2 hari ini merupakan kursus untuk mereka yang baru dengan Linux dan mahu mendalami Linux daripada segi teknikal. Sila lihat Jadual Latihan di laman MYSIG.

Anda boleh melihat sebarang aktiviti yang melibatkan Linux di Malaysia di laman ini

http://calendar.yahoo.com/linuxmalaysia

Pilih "Month" untuk melihat secara keseluruhan. Sila hantarkan sebarang aktiviti Linux di Malaysia ke linuxmalaysia@yahooLL.com. Sila buang LL dalam yahooLL, ini untuk perlindungan daripada SPAM.

Terdapat pelbagai forum yang anda boleh jadikan tempat untuk anda bertanyakan masalah Linux dan lain-lain perisian sumber terbuka. Antara laman yang dicadangkan adalah :-

http://www.ittutor.net/ - Masalah Linux, komputer dan Internet anda disini.
http://www.komuniti.net/ - Bahagian OS
http://www.bincang.net/ - Bincang IT

Perbincangan melalui email dan laman

Kumpulan Dunia-Digital
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital

Pertanyaan tentang komputer dan Internet secara umum termasuklah Linux. Penyertaan melalui email dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com


Kumpulan Mypenguin99
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99

Bagi orang lama dan pengguna Linux, silalah sertai kumpulan ini.  Penyertaan melalui email mypenguin99-subscribe@yahoogroups.com

Apabila bertanyakan soalan sila nyatakan distribusi apa yang anda gunakan, jenis komputer, CPU, jumlah memori dan jumlah ruang cakera keras. Maklumat ini akan membantu sesiapa yang ingin menjawab soalan anda.

Bagi yang mahu mencuba perisian sumber terbuka tanpa perlu memasang Linux. Senarai perisian boleh anda lihat disini http://www.theopencd.org/programs/index.html atau anda  boleh dapatkannya melalui http://www.iusahawan.com/

Moga artikel ini mampu mengerakkan anda untuk mencuba Linux.

Wassalam.

: )

http://www.geocities.com/lovhafnie

--- [ Ke Laman Utama ]