Make your own free website on Tripod.com

Panduan Linux Buat Yang Baru

Tujuan panduan ini adalah untuk membantu mereka yang mahu mengenali Linux supaya dapat mencari laman-laman yang berkaitan dengan Linux daripada sumber Malaysia. Laman ini hanyalah panduan awal. Anda perlu melawat laman-laman yang disenaraikan dibawah ini atau bertanya kepada laman-laman yang dinyatakan nanti untuk maklumat tambahan.

laman ini di Internet : http://harisfazillah.tripod.com/nota/baru-linux.html dan
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/baru-linux.html
dan dalam bentuk pdf http://harisfazillah.tripod.com/nota/baru-linux.pdf

Dimana anda mahu bermula ?.

Laman yang terbaik adalah http://www.linux.org/ . Penjelasan tentang Linux dan sejarahnya ada di sini atau laman di http://www.plug.com.my/linux/whatis.shtml untuk capaian Malaysia dan

http://www.geocities.com/trunasuci_74/linux/intro.html

Mendapatkan CD Distribusi Linux

Membaca sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mencuba sendiri Linux. Sama ada anda mencuba terus di komputer terpakai atau anda memasangnya bersama sistem operasi lain. Bagi pengguna Windows, kebanyakan distribusi Linux telah diuji untuk dipasang dalam satu komputer yang telah dipasang dengan Windows.

Apa pun pilihan anda, mana-mana distribusi tetap sesuai. Distribusi (Distribution) hanyalah himpunan perisian dan kernel Linux yang dikumpulkan dalam satu pengedaran. Setiap daripada mereka memanggil distribusi mereka dengan nama masing-masing. Namun Linux tetap sama. Anda tetap mendapat login screen sama ada dalam X Windows atau pun shell. Rujuk "standard" Linux di http://www.linuxbase.org/

Bagi yang baru anda boleh bermula dengan distribusi Linux Mandrake atau pun RedHat Linux. kedua-dua distribusi ini adalah sesuai untuk pengguna baru.

Anda boleh mendapatkan CD distribusi Linux secara percuma di laman http://malaysia.freelinuxcd.org/ . Bergantung kepada jumlah CD dalam stok, jangka masa penerimaan CD tidak tentu. kempen saya di

http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/promo-linux.html

Anda juga boleh membeli CD distribusi yang baru daripada laman

http://kedai.ittutor.net/

Pelbagai pilihan distribusi disediakan dan dengan bayaran yang berpatutan.

Anda boleh bayangkan penjimatan anda jika muat turun CD linux yang setiap satu bersaiz 650MB jika dibanding anda mendapatkan ia sendiri. Anda telah menjimatkan diri anda daripada segi masa dan wang bayaran capaian Internet. Untuk mendapatkan 3 CD Linux Mandrake memerlukan jangkaan masa selama 80 jam dan RM 120 pada modem 56K. (Masih jimat berbanding harga sistem operasi yang mencecah beribu ringgit).

Ingin saya tekankan, Lesen penggunaan Linux "General Public License" dalam bahasa orang bukan IT, ianya adalah PERCUMA, anda pasangkan seberapa banyak Linux daripada CD yang sama. Tiada bayaran akan dikenakan.

Kos yang anda perlu bayar hanyalah kos penghantaran, muat turun dan pelbagai lagi kos yang mungkin dikenakan pada anda, yang tidak melibatkan soal pelesenan. Ianya tidaklah mahal, jangan terkejut, untuk mendapatkan 1 set Linux Mandrake yang berjumlah 3 CD di http://kedai.ittutor.net/ hanyalah berharga RM15. Anda telah mendapat sistem operasi yang setanding dengan sistem operasi yang berharga ribuan ringgit. FIKIRKANLAH. Anda sudah sepatutnya mencuba Linux.

Mendapatkan Bantuan

Setiap CD distribusi Linux mempunyai panduan pemasangan di dalam CD masing-masing. Jika anda menghadapi masalah anda boleh bertanya di laman

http://www.bincang.net/ (Bilik Bincang IT)
http://www.ittutor.net/ (Ruang Forum)
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99
http://duniadigital.cjb.net/

Ramai pengguna Linux yang berpengalaman berkumpul di laman yang dicadangkan dan mereka sedia membantu anda dengan pemasangan Linux.

Tanya apa sahaja tentang Linux dan lain-lain perisian sumber terbuka di laman-laman ini.

Jika anda memerlukan bantuan secara bayaran, dapatkan senarai syarikat di http://www.thelinuxreview.com/

Anda juga boleh mengikuti kelas Linux yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pakar ICT Malaysia http://www.mysig.org.my/ Sila rujuk jadual di http://www.mysig.org.my/schedule/schedule_archive.asp

Sukatan pengajaran boleh anda lihat di http://www.geocities.com/kemsoit/linux/asaslinux-1.html

Pusat latihan yang lain boleh anda rujuk di

http://lintraining.com/ . Cari sambungan Malaysia.

Pelbagai perisian yang biasa anda gunakan dalam Windows juga boleh didapati di dalam CD distribusi Linux antaranya. Open Office sebagai ganti Microsoft Office, Mozilla sebagai ganti Internet Explorer dan pelbagai lagi perisian yang boleh anda cuba sendiri.

Dalam distribusi Linux Mandrake sahaja, ia mempunyai lebih daripada 1500 perisian sumber terbuka, yang boleh anda gunakan.

Lawat laman-laman ini untuk pilihan perisian yang lain http://sharuzzaman.tripod.com/alternatif.html dan http://altersoft.iscool.net/ .

Anda juga boleh menyumbang dalam "Open Source" atau perisian Sumber Terbuka. Projek-projek yang dikendalikan oleh kumpulan pengguna komputer dan Internet Malaysia.

Projek Terjemahan
http://l10n-my.tripod.com/

Sumbangan Artikel
http://ittutor.net/artikel/

dan senarai kerja-kerja sukarela di Internet Malaysia boleh anda lihat di
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/sukarela.html

Anda boleh menyumbang dan sumbangan anda akan memastikan perisian sumber terbuka terus wujud dan percuma.

Jika anda mempunyai CD Linux yang tidak digunakan lagi sumbangkan ia kepada http://malaysia.freelinuxcd.org/ semakin banyak CD disumbangkan, semakin ramai boleh mencuba Linux.

Saya sendiri menyumbang CD-CD baru kepada laman ini. Saya mahu melihat semua pengguna komputer dan Internet Malaysia mencuba Linux.

Artikel saya "Linux : Di mana mahu bermula" adalah himpunan sambungan Linux luar yang anda boleh gunakan.

http://www.mysig.org.my/sig/tech_article.asp?cat=LNX&id=11

Sokonglah usaha saya ini dengan melawat laman menaja :-

Perkara lain yang anda bolehkan lakukan untuk Linux Malaysia.

Jika anda menggunakan Linux, daftarkan diri anda di Linux Counter. http://counter.li.org/ atau terus ke statistik Malaysia

http://counter.li.org/bycountry/MY.html

dan daftarkan diri anda.

Bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan Linux dan perisian sumber terbuka, daftarkan diri syarikat anda di di dalam "Linux Consultant Guide"

http://www.tldp.org/LDP/lcg/html/index.html atau terus ke sambungan

http://www.thelinuxreview.com/

Ini akan memudahkan pengguna Linux Malaysia mencari anda di dalam satu "Guide" Jika syarikat anda menyediakan latihan untuk Linux dan Perisian Sumber Terbuka daftarkan diri anda di

http://lintraining.com/

Bagi anda yang membina laman menggunakan Linux sebagai sistem operasi masukkan laman anda didalam senarai di http://www.netcraft.com/

Masukkan laman anda dalam borang "What's that site running ?"

Statistik di laman ini digunakan untuk menilai jumlah penggunaan sistem operasi. Marilah tingkatkan senarai pengguna Linux dan perisian sumber terbuka.

Laman-laman lain yang anda boleh kunjungi

http://www.linux-group.org/index.php
Kumpulan diskusi Linux

http://ikhlas.com/meksom/kudiknux.html
Panduan menggunakan Mozilla dalam bahasa Melayu

http://howto.i-ownur.info/
Kumpulan HOW-To dalam bahasa Melayu

Saya tidak mampu untuk menyenaraikan semua laman-laman Malaysia yang berkaitan dengan Linux.

Panduan ini hanyalah sebagai asas permulaan untuk mereka yang mencari Linux mendapatkan laman-laman hasil usaha peminat dan pengusaha Linux di Malaysia.

Jika anda mempunyai laman Linux, sila daftarkan laman anda di http://mynuke.info/ atau sertai Jaringan Malaysia

http://jaringanmalaysia.iscool.net/ buat pilihan mana yang sesuai sama ada Webring atau Ringsurf.

Sebagai penutup nota saya kali ini, gunakan enjin pencari di http://dmoz.org/ dan http://www.google.com/ sebagai tanda sokongan anda kepada usaha sumber terbuka.

Bagi pencarian Linux tuju kepada

http://www.google.com/linux

Moga panduan ini membuka mata untuk kita semua mencuba dan menggunakan Linux.

Linux sistem operasi masa hadapan.

Wassalam.

: )


Nota ini ditulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya dengan menyertai
senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya
mendapat email hanya daripada saya sahaja, yang mungkin hanya
sekali sehari. (Buat masa ini hanya dua atau tiga email
sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan lain).

Nota lama boleh anda dapatkan di
http://groups.yahoo.com/group/haris/messages atau
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota

Anda juga boleh dapatkan nota-nota yang lalu dalam bentuk
cetakan. Sila rujuk di laman ini

http://www.geocities.com/bukubusas
http://bukubusas.cjb.net/

Melalui email dengan hantarkan email kosong kepada
haris-subscribe@yahoogroups.com

atau melalui link ini

http://hafnie.tripod.com/senaraiharis.html
http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com

atau melalui link ini

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital
http://duniadigital.cjb.net/

Haris juga sering berada di Bincang Komputer
http://www.bincang.net/ dan http://www.ittutor.net/
dengan nama Internet hafnie.

The FREE service that prevents junk email http://hafnie.mailshell.com/

Disclaimer - Pelepasan

Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan
dengan mana-mana pihak secara rasmi atau pun tidak rasmi. Tiada
juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.

Used it at your own risk.

Terima Kasih.

Harisfazillah Bin Jamel

http://harisfazillah.cjb.net/
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html

22 Sept 2002